Nak tengok JIBAM atau STAR WARS ?

JIBAM... karya Ujang yang popular di zaman muda aku , sedang ditayangkan di pawagam.. dengarnya tak dapat sambutan ? Mengapa ini berlaku ? Apakah tak sebest bukunya ? Mengapa ini semua terjadi ? Eceehhh... hehehe.  

Aku tak tonton lagi filem Jibam ni walaupun aku  ni antara peminat tegar majalah Ujang , satu tika dulu. Kalaulah dulu dikeluarkan , aku rasa tak jadi masalah kot. Tapi  Jibam 'dah sejuk'. Dan perlu tahu,selera penonton masa kini ialah filem filem yang ada kesan khas. 

Kalau di Malaysia , cerita cerita yang 'pecah panggung' filem aksi jalanan , cerita hantu yg ada pelakon pujaan mereka dalam tu.. Lain dari tu ? Hurmmm... Filem cam Jibam ni , dari dulu laa... memang payah nak dapat dijual ! Banyak lagi filem filem bagus untuk ditonton tak dapat sambutan. Kenapa ? Jawapannya...  takda hero top dalam tu. 

Jibam dikhabarkan meneruskan tayangan untuk 6 hari lagi. Ikutkan dah ditarik tayangannya sebab takda sambutan. Hurmmm... Sian. Filem gini bagi aku la kan.. sebaiknya buat telefilem lagi berbaloi. Terpaksa ! Inilah citarasa penonton di Malaysia ! Cerita kemasyarakatan , tak yah laa.. memang payah ! 

Bukan tak sokong ! Maaf ! Aku sokong apa saja filem tempatan tapi kena tau.. kena paham.. nak tonton filem di panggung wayang , harga tiket bukan murah dah !  Mahal woi ! Parking lagi. Pop corn lagi. Air lagi. Yelah , makanan luar tak leh bawak masuk. Cam aku la kan.. kekadang tercekik bila ketawa lebih ! Haaaa... hahaa.. camana tu ? Air mineral pun mahal yer ! Jadi camana ? Pastu , ada beberapa kes , aku bagi la sokongan tonton filem melayu. Aduhh.. baru 10 minit , dah mengantuk! Acaner tu ? Rugi jer... 

Maka untuk elakkan kerugian , terpaksa pilih filem filem yang kita tau.. memang best cam Star Wars , yang sedang di tayangkan atau beberapa filem omputeh yang lain. Filem Malaysia ? Tunggu je la kat Astro. Nanti tonton beramai ramai bersama keluarga. 

Saranan aku ? Camana nak ubah selera penonton di negara kita ? Mudah jer.. Turunkan harga tiket untuk filem tempatan.. naikkan untuk filem luar. Kemudian , promosi perlu dihebatkan lagi. Jangan la sekadar menumpang populariti yang lepas. Cam Jibam ni , peminat dia dah berusia kot ? Tak tau la kot ada drama Jibam kat tv..  aku lama tak tonton drama kat tv.. hee.. Dapatkan kembali keyakinan penonton ! Tak mustahil tapi perlukan banyak kerjasama dari pelbagai pihak. 

Ok.. nak gi layan Star Wars. Maaf yer, aku layan Star Wars dari usia 10 tahun. Hehehehe.. Jibam , camana lak ? Hurmmm...  Terus terang , lama dah aku tak tengok filem melayu ni. Ari tu tertengok sebab dipaksa adik beradik... lakonan Aaron Aziz... Mengecewakan !

Boleh baca review filem Jibam dari rakan blogger #KBBA9 , Razzwey ! Dia kasi 10/10 !! : Puashati Dengan Jibam !

9 ulasan:

  1. Baru tau jibam adaptasi dari cerita ujang. First time dengar. Star wars memang tak pernah tengok full story sejak azali. Tengok iklan and review je.

    BalasPadam
  2. Betul ke takde sambutan? Sian Jibam and Ujang. Aiseh.. Saya nak tengok tapi belum sempat pergi tengok lagi. Tapi tu la... Kalau filem melayu biasa memang fikir panjang2..takut rugi. Kat sini tiket wayang rm14 seorang.

    BalasPadam
  3. Betul la tu, selain tu penonton mesti akan cari and baca review dulu, kalau suam suam hmm mesti fikir banyak kali

    BalasPadam
  4. filem melayu jaranng nak box office, tapi teringin jugak tengok jibam ni.

    BalasPadam
  5. Patutlah masa nakntengok Jibam hari ada certain panggung je yg tayang..

    BalasPadam
  6. Sokong Jibam! Karya Malaysia yang perlu diangkat. Cuma tidak diangkat di negara sendiri je. Sedih,kan? Ye, citarasa berbeza. Ada logiknya saranan supaya menaikkan harga tiket untuk filem luar,tapi untuk filem Malaysia, kekalkan la.

    BalasPadam
  7. nak tengok jugak filem jibam.

    bukan kat panggunglah. tunggu raya ke, mesti best tengok bersama seisi keluarga.

    BalasPadam
  8. Filem Jibam memang kurang sambutan. Star Wars dah tgk semalam dengan isteri, tapi tak berapa best pula rasanya kali ni.

    BalasPadam
  9. Kalau saya teringin nak tengok Jibam, macam Star Wars tak ikuti episod filem ni dari awal so takde rasa nak tengok.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.