Philips Hue mengubah kehidupan aku sekeluarga !

Suram dan tidak menceriakan suasana dalam rumah. Terfikir camana la nak kasi nampak cun lagi meriah. Zahra dan Aariz , suka tengok lampu warna warni terutama bila aku melalui jambatan di Putrajaya. Waaaaa , katanya ! Ternganga tengok lampu warna warni si Aariz. Qhaliff memang lama dah aku tau dia teruja dengan lampu lampu ni... termasuk aku ! Hehehehe..

Philips Hue adalah jalan penyelesaian yang aku nampak ! Apa kata aku hias rumah seperti 'jambatan Putrajaya' tu ? Berwarna warni  suasana rumah aku ! Heheheehe.. Persoalannya , mampukah aku buat sendiri ? Aku bukanlah jenis tak reti bertukang tapi kemalasan aku nak memulakan sesuatu kerja terutama bab bab bertukang ni amatlah tinggi. Biasanya aku upah orang je.. Hahahaha..

Ok... aku kuatkan pendirian ! Kesian tengok umah cam tak berseri gitu ! Nak kasi up mood setiap kali berada di rumah ! Maka apa yang aku perlukan adalah... PHILIPS HUE ! Inilah diaaaa penyeri rumah aku selain anak isteri aku.. hehehee..

Apakah PHILIPS HUE ni ? Tak pe tak pe.. aku tak nak story bab asal usul dia. Tak nak story bila dia lahir , apa kegunaan dia.. tapi terus ke 'kerjaya' dia ! Haaaa.. Senang kan ? Korang pon tak perlu buang masa dan data membaca blog terbaik di dunia ni ! Hahaha..

Aku cerita kasi ringkas je la eh ? Panjang panjang , korang pening. Aku pon tak suka nak pening apatah lagi nak peningkan orang ! Hahahaha.. Meh aku tunjuk keberhasilannya dari sistem PHILIPS HUE ni..

Amacam ? Macam macam warna boleh ! 16 juta warna dan boleh diubah pada bila bila masa saja , mengikut kehendak kita. Malah turut boleh diselarikan dengan muzik mahupun filem filem yang sedang ditonton ! Waaahhh... menarik kan ? Aaaa.. aku tau.. aku pun tertarik da booom gituu !




Dan bayangkan.. pencahayaan tu dikawal melalui telefon pintar saja ! Perghhh.. sambil baring je leh ubah warna lampu tu.. Amacam ? Da boom gituu kan ? Itulah kelebihan sistem PHILIPS HUE. Mesti nak gak kan ? Hehehehe..

Bayangkan orang datang beraya tahun depan.. Mesti ternganga punya ahhh! Kagum punya. Kikiki..


Ok.. aku permudahkan cerita tau. Aku tak nak terlalu teknikal. Sebab aku nak semua orang boleh buat. Kalau terlalu teknikal , aku sendiri pon amik bantal... tidur je ! Tak cantik pon tak pe la.. janji tak pening kan kepala aku ! Aku tak de masa nak sakit kepala , ok ! Hahaha...

Apa yang korang perlukan cumalah beberapa benda jer. Tak banyak. Cuma kena kuar duit skit jer. Ala , nak cantik kan ? Mana ada menda free kalau nak cantik. Setahun sekali cantikkan rumah.. untuk diri sendiri dan keluarga gak kan ? Rumah cantik , semua orang bahagia ! Kan kan ? Heee..


Orait... mula mula apa yang korang kena ada ialah... 
  • Philips Hue White And Color Ambiance Bulb E27 - Tak kisah la nak ada berapa pon. Minimun 2 butir... cantik dah . Lagi banyak , lagi cun wooo . Nak pasang tak susah pun. Kalau kat rumah dah ada port yang pasang bulb tu , kasi tukarkan jer. Kalau takda , kena la kasi ada yer. Macam aku punya ni , dah ada dah. Tukarkan je.



Ok... yang kedua. Yang ni pon cantik kalau ada banyak set. Hehehee... Bayangkan kalau dapat keliling satu ruang tamu atau bilik tidur. Fuhhhh. Cara nak pasang ? Mudah sangat. Ada pelekat belakang dia. Tapi pastikan dekat ngan plug yer.
  • Philips Hue LightStrip Plus APR Base ( ikut suka nak ada berapa.. asalkan ada ! ) 





Yang ketiga. Yang ni penting dalam sistem Philips Hue ni. Kena ada yang ni. Kalau tak , takkan menjadi la. Ibarat jantung la.. heeee.. Satu je cukup. Tak yah beli banyak banyak. Heeee..
  • Philips Hue Bridge - kegunaannya adalah untuk menyambungkan ke router. Dan inilah yang akan mengawal sistem Philips Hue. Korang boleh mengawal dengan mengunakan aplikasi. Maksimum 50 pencahayaan.  Cam umah aku , baru 3. Haaaaa.. paham kan ?


Cara nak gabungkan Philips Hue dengan router ni mudah jer. Router ni tak semestinya kena ada internet. Tujuan gunakan router ni adalah untuk dapatkan alamat IP yang sama supaya dapat  mengawal melalui telefon pintar melalui aplikasi Philips Hue. Telefon pintar dan bridge akan berada di satu sistem yang alamat IP sama. Haaa , bijak kan ? Tapi sila off data internet pada telefon pintar tu ketika nak buat hubungan dengan Philips Bridge ni yer. Kalau tak , memang takkan dapat connect. 

Ni rajah dia. Paham tak ? Haaa... senang je nak paham .


Ok... Sebelum tu , pastikan dah download aplikasi Philips Hue ni. Yang ni paling utama yer. Ada macam macam aplikasi Android dalam Play Store tu. Untuk iOS pon sama je cam ni dalam App Store tu.  Warna dan design sama. Maka jangan keliru yer. 

Sila download yer. Kemudian boleh download  aplikasi third party. Tu kemudian. Selesikan yang ni dulu. Heeee.. 

Ok... lengkap semua ! Pastikan kabel LAN tu dipasang betul pada router tu. Part ni mungkin akan sedikit mengalami kesukaran tapi tak sukar mana pon. InshaAllah akan selesai punya laa. Pastikan connection antara router dan bridge tu betul. Ok ? 

Haa.. ada apa soalan tak ? Untuk maklumat lanjut , boleh tengok di www.meethue.com. Hehehe.. Mana nak beli ? Ok.. senang jer.. boleh beli online di Philips Lighting Lazada Store 

Tu je la pon.. selesai sudah ! Senang kan ? Selamat berPHILIPS HUE ! 






27 ulasan:

  1. Best pulak tengok Phillips Hue ni. Boleh tukar-tukar warna ikut mood. Nak kena beli ni

    BalasPadam
  2. Wahh... Menarik laaa
    Dah macam dalam movie hi-tech gitu. Best best!!

    BalasPadam
  3. Bapak giler ar cool benda ni. Kalau raya leh pasang ala² lampu kelip² ni. Bole buat hiasan pelamin klu kreatif. Eh

    BalasPadam
  4. Macam best je... Tapi ai slalu bad mood, agak2 kaler apa lah dia keluar nanti... Hahahahaha

    BalasPadam
  5. bestnye warna diaaaa, boleh pilih macam2 warna, seronok habis ni!

    BalasPadam
  6. Giler best siap boleh handle dgn fon je...

    BalasPadam
  7. Canggihnya Philips Hue ni.. Macam best je boleh tukar tukar suasana rumah hanya mealui pencahayaan..

    BalasPadam
  8. Kalau mood hulk sesuai tukar warna hijau tu. Heee

    BalasPadam
  9. Warna hijau tu sesuai bila mood nak bertukar jadi hulk. Heeee...

    BalasPadam
  10. menarik.. memang tgh plan nak beli lampu baru. so apa salahnya cuba ni kan

    BalasPadam
  11. Cantik,boleh karoks ni hehehe layan movie romantik hahhaha

    BalasPadam
  12. Dgr jenama philips xyah pk byk dh jenama tu mmg hebat!!! Woahhh leh tukar remote kt hp canggih ye...nanti rumah juju siap nak guna yg ni la

    BalasPadam
  13. Uish menarik! Ni kalau dpt kat si kembaq, mmg sehari 16 juta kaler laa depa tukaq haha

    BalasPadam
  14. Bestnya umah ade lampu warna warni!
    Memang betul, bukan budak je suke tengok lampu kaler² yang besar ni pun suke! Hehehehe....

    BalasPadam
  15. Mcm best bole tukar2, meriah rumahh

    BalasPadam
  16. wahhh imgaine time2 hujan yg romantik pastu lampu ikut mood kita...
    fuhhh awesome gilerrr

    BalasPadam
  17. Senang sangat! Tapi tahu kalau buat sendiri kat rumah hahaha... Best la.. Boleh kontrol guna telefon pintar.. Yup! Time raya memang best ni Aben.

    BalasPadam
  18. Memang canggihlah rumah kalau pasang lampu Philips Hue ni

    BalasPadam
  19. Lawa gila , boleh ikut mood .. mudah nak bagi hint haha

    BalasPadam
  20. Pasti ceria suasana rumah..anak2 suka ..

    BalasPadam
  21. Seronoknye ada pasang lampu mcamni kat rumah..tiap2 kali balik rumah dari kerja, confirm hilang stress..

    BalasPadam
  22. cantik pulak tengoknya..leh tukar-tukar kaler

    BalasPadam
  23. cantiknya lampu boleh tukar2 warna..

    BalasPadam
  24. Wahhh cantiklah. Nak bodek cik abang beli jugaklah, hehehee!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009