Syoknya bercuti di Korea !

Impian aku.. hahaha.. nanti nak merasa bermain salji lak ! Dah merasa musim luruh. Memang mengagumkan ! Salji , sempat merasa sekejap je di New Zealand ari tu. Tapi bila tengok rakan rakan Facebook bercuti di Korea dan Jepun , rasa macam nak terbang ke sana gak jer ! Hahaha.. tapi tak pe la.. aku simpan hasrat aku ni sementara. InshaAllah , gi ngan keluarga tercinta je nanti. Mesti anak anak teruja giler punya. Masing masing pulak dah pandai hayati keindahan alam.. heee..

Esok , dua rakan blogger dari team #KBBA9 akan ke Korea. Diorang akan ikut trip bersama Ayden Averroes Travel. Trip ni dah dirancang dari awal tahun. Sebelum ni , dua trip dah blogger  #KBBA9 ikut. Ke Phuket/Krabi dan satu lagi ke Perth , Australia. Dua dua sukses ! Huhuh..

Korea dan Jepun , memang tempat yang best sangat nak bercuti. Ditambah lagi di sana , kita tak perlu risau barang hilang atau dicuri seperti yang berlaku pada orang kaya Malaysia yang dikatakan kerugian hampir setengah juta ringgit.. huhu.. No komen pasal tu ! 

Dua wakil #KBBA9 , Saidila dan Hanani akan berangkat esok. Moga mereka sampai ke sana dengan selamatnya dan bermain salji sepuashati ! Tak sabar nak tengok muka diorang kat sana. Huhuh.. Mesti best punya.. lebih lagi gi ngan geng sekepala ! 

Harap tahun depan.. aku merasa ke sana musim sakura atau spring... hehehe... 

11 ulasan:

  1. hrp dpt g musim bunga jgk thn dpn. hehehehehe. winter dah rasa

    BalasPadam
  2. Yay! Tahniah kak Hanani dan kak Saidila.. #KBBA9 .

    BalasPadam
  3. Hebat sekali melancong ke Korea ni Bro Ben..semoga misi berjaya ya

    BalasPadam
  4. Kak dila and kak insp nani nanti bawa salji balik malaysia tau.

    BalasPadam
  5. taksabar nak follow cita mereka berdua.. tahniah #kbba9 hiks..

    BalasPadam
  6. Semoga geng #KBBA9 selamat pergi dan pulang.

    BalasPadam
  7. Bestnya dapat bercuti ke Korea.
    Semoga semuanya selamat pergi dan selamat balik

    BalasPadam
  8. Wah..bestla dapat pergi Korea.. sejuk

    BalasPadam
  9. Moga ada rezeki pergi Kembara KBBA9 ni.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.