Maafkan daddy , anak anakku sayang..


Aku tak suka garang dengan anak-anak kecil terutamanya anak anak aku sendiri. Cakap sehabis lembut dah dengan mereka. Tapi kalau aku dah tukar jadi 'Hulk' ... Hulk original sendiri boleh bertukar jadi manusia dan bertukar jadi Flash ! Haaaaa..

Malam tadi.. betul punya marah aku kat diorang... Qhaliff dan Zahra. Ceritanya gini..Tak pe la. Cerita tu biarlah aku je tahu. Tapi yang pasti , ianya mengundang kegeraman aku yang amat sangat. Dan diorang buat muka cool jer ! Bertambah geram la aku. 

Bila aku bertukar , baru masing masing cuak ! Sebenarnya tak la geram mana sangat tapi kena ajar skit diorang supaya ada rasa takut dengan bapak dia ni haa.. Diorang tau bapak diorang ni manjakan diorang. Tu amik kesempatan masing masing.. Grrr...

Nah... bila dah 'amuk' , masing masing lena terus. Tak payah nak dodoi dodoi dah. Zahra pun tak berlengangkan aku pun semalam.. lena jer ! Adeh.. boleh pulak ! Tapi kesian gak la. Hurmm... Sian tu , kesian la.. Cuma kes semalam tu , rasanya kena didik skit supaya kena pandai jaga kebersihan terutama di rumah. Nanti dah sekolah , diorang dah bersedia dan tau apa kena buat.. Tak de la kena marah ngan cikgu lak nanti. 



7 ulasan:

  1. Hihihi..bila tgh marah memang kekadang nk jd garang tujuan nak mengajar.Tapi lepas tu mesti ala siannya la ank2 aku td kene marah..tapi niat baik x per nak bagi diorg paham..

    BalasPadam
  2. Masa tgh marah mmg kekadang tak hingattt . Bila tgk anak2 tdo mula laa rasa sedih jer.. huhuhu

    BalasPadam
  3. kita mak ayah pun insan biasa..hehe...tapi hari-hari pulak jadi singa sampai kalau tak marah anak tanya "umi tak marah?"hahaha.

    BalasPadam
  4. Marah tujuan untuk mendidik. Takpe, nanti mereka akan faham niat daddy nya

    BalasPadam
  5. pada mama, ada kalanya tapi takyah selalu kita perlu tunjuk sisi garang kita agar anak2 beringat apa yg mak pak dia boleh jadi kalau diorang tak behave

    BalasPadam
  6. Betul sekali sekala kena garang dengan anak ni, bukan kita tak sayang tapi sebab sayanglah kita kena bertegas kan?

    BalasPadam
  7. Hulk tukar jd flash lak... Hahaha...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.