Komen 'Azrul' pada pakaian YB Nurul Izzah jadi perhatian netizen..

Viral dah isu ni.. Aku dah dengar dan tonton. Hurmm.. kisah si pemanggil bernama Azrul ni ,  beri komen terbuka mengenai pakaian YB Nurul Izzah. Terkedu gak la dia dan FBI. Apa dia komen eh ? Hurmm... lebih kurang gini.. Ni aku petik dari sumber , Khnfzr Media

"YB (Nurul Izzah) kena berhati-hati sebab YB pakai tudung. Tudung YB kadang-kadang terselak. Kadang-kadang ternampak bahagian yang tak sepatutnya," kata individu berkenaan melalui panggilan telefon.

Nurul Izzah yang kelihatan terkejut mengucapkan terima kasih atas teguran itu dan cuba menamatkan perbualan, namun individu itu terus memberi perincian baju kebaya Nurul Izzah yang menurutnya 'ketat'.

"Nampak baju dalam semua. Nampak buah dada tu lah," katanya yang memperkenalkan diri sebagai 'Azrul' dan mendakwa pernah berjumpa Nurul Izzah di agensi berita Bernama ketika bertugas.

Ketika sedang live bersama FBI

Dan isu ni hangat diperkatakan. Pakat pakat la orang mencari sapa si pemanggil bernama Azrul ni. Kalau dapat kat diorang , abiss la kena ganyang ! Hehehehe.. Nasib ko la , Azrul. Komen sikit skit dah la.. Tak perlu la nak cerita details. Jaga sikit aib orang di tempat terbuka gitu. YB pon dah paham maksud ko tu... 

Dan jadikan ini satu pengajaran buat semua. Hari ni kita mungkin manusia biasa. Satu hari sapa tau, kita jadi manusia luar biasa dan ketika tu , ramai akan mengorek kisah silam kita atau juga senantiasa menanti kita buat silap di kala kita alpa ! Nahh... tak kira la apa sekali pun.. tuturkata.. cara berpakaian.. ada saja mata memandang dan mulut berbicara serta telinga mendengar ! 

Buat YB Nurul... rileks rileks sudah. Dan rasanya bagi aku laa... bagi aku laaa yer , YB kena jadi YB. Tak perlulah nak tonjolkan diri seperti ni selalu sangat..Buat je macam dulu. Bahagian ni, bagi je kat orang lain. Sama gak cam Syed Saddiq tu. 'Mereka' menanti silap untuk diviralkan ! Elakkan dari melakukan semampu yang boleh.. 

Dekati orang muda... gunakan pendekatan yang lebih selamat. Forum terbuka di kawasan kawasan tertentu ke.. Aku rasa YB lebih bijak dari aku dan lebih paham.. Rakyat dah bagi sepenggal.. amik kesempatan. Setiap saat dikira dan dihitung. Masa berjalan dan rakyat menanti...... 

8 ulasan:

  1. Teguran tu ada baiknya tapi perlukah secara live... alahaiii. Macam ragam manusia ni kan.

    BalasPadam
  2. kesian betul YB.Haishhh... details sangat ko p cita azrul.Harini ko buka aib org. Moga lepasni kena berjaga jaga lah YB. Banyak mata mata

    BalasPadam
  3. Teguran tu berhemahlah sikit patutnya, haishhh!

    BalasPadam
  4. suka teguran pada yb syed saddiq tu..apa ekdahnta muncul du meletop..huhu

    BalasPadam
  5. suka teguran pada yb syed saddiq tu..apa ekdahnta muncul du meletop..huhu

    BalasPadam
  6. Jujurnya klu kita compare dengan YB, YB muda yg lain, YB Nurul Izzah ni pakaian dia sopan, ayu jer.. Maybe si azrul ni yg dok galak tgok spi dalam..
    Respect sgt dgn YB Nurul Izzah ni.. Sbb pnh jpe dpan mata.. Memang ayu jerr...

    BalasPadam
  7. Malaysia dah patut ada sexual harrasment act. ini yang dilakukan pada YB. cuba tengok dalam pejabat2. rasanya benda ni lagi meluas. cuma tak ada saluran betul. atau mungkin masih takut lagi nak mengadu bila ada yang tegur gini.

    BalasPadam
  8. Respect dengan YB Nurul Izzah. at least dia pakai tudung..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.