Jom menyanyi lagu Negaraku di NegaraUmmph TV !

by - Khamis, Ogos 23, 2018

Sekarang kita berada di bulan Kebangsaan. Kita tau , di bulan Ogos ni macam macam aktiviti dibuat bagi memeriahkan Hari Kebangsaan negara kita ni. Biasanya , aku tengok saja la. Nak join , aku tak tau nak join camana. Lagi pun segan. Hehehe.. Mampu beri sokongan dan semangat buat mereka yang turut serta. Terbaik la mereka. 

Tapi kali ni , aku nak join sama memeriahkan  Hari Kebangsaan . Entah kenapa , tahun ni perasaan merdeka tu lain skit. Hahahaha... Kan ? Ok. Mesti korang tertanya apa aktiviti yang aku nak join. Aku nakkkkk... menyanyi lagu Negaraku depan korang ! Haaaa.. Korang rasa rasa aku segan tak ? Hahaha.. Tak punya sebab aku hanya perlu rekod dalam bentuk video jer ! Hehehehe.. 

Amik mood sebelum menyanyi lagu Negaraku 

Ok ok.. meh aku citer la kat korang. Untuk pengetahuan korang , NegaraUmmph TV sedang mengumpulkan seberapa banyak video rakyat Malaysia menyanyikan lagu Negaraku. Tak kira la nak menyanyi camana bentuk sekali pun... secara individu atau berkumpulan tapi yang pastinya , penuh bersemangat dan tidak melanggari batas tatasusila. Nyanyi elok elok la. Suara tak sedap pun sapa kisah janji , semangat tu sampai ! Jangan polis sampai umah dah la yer.. Heeee..

Cara nak hantar video korang tu mudah jer. Ikuti langkah ni yer : 

  1. Sila ke http://negaraummph.tv/
  2. Rakamkan video lagu Negaraku , versi korang sendiri. Original ok ! 
  3. Klik SUBMIT
  4. Relaks. Dan pada 31hb Ogos nanti,  tonton video live korang bersama jutaan rakan yang lain dengan perasaan yang bangga tau ! 
Tu jeee.. senang kan ? Nahhhh... Tunggu apa lagi kan ? Jom la join. Aku dahhhh ! 


You May Also Like

5 comments