Nama ku BEN

Mesti korang pelik kan...pasal pe la mamat ni nama BEN....'Ben' bukanlah nama sebenar aku..Aku mendapat nama glamour ni kalau tak silap aku pada tahun 1999 gitu..

Waktu tu , aku bekerja di salah sebuah syarikat IT di Desa Melawati..ada seorang kakak (NOR ZAIMAH HOD )  yang memberikan nama itu pada aku...nama itu diberikan kepada aku kerana dia merasakan nama aku tu tak best untuk dipanggil..agak janggal bunyinya..lebih mirip kepada nama perempuan..nak panggil nama penuh , panjang lak..so dia punya pk punya pk...test punya test..dia panggil la aku 'BEN'..memula tu aku rejek la sebab segan..muka bangla nama mat salleh...wat gelak orang jer..

Dia berkeras gak nak panggil..aku terima jer la...lama kelamaan..nama tu melekat..sampai la skang ..

ada dua panggilan merujuk pada diri aku..kalau orng tu panggil aku 'BEN' bermakna dia antara orang yang baru mengenali diri aku...tapi kalau dia memanggil aku dengan nama glamour aku semasa kecik , aku tau dia kawan samada dari sekolah rendah , menengah mahupun semasa di kolej...

Apa pun , aku amat berterima kasih pada kakak tu sebab memulakan satu lagenda pada diri aku..pergh..lagenda tuuuu..hahahaha....pada kawan-kawan di syranet..terima kasih ...pengalaman bekerja disana amatlah berguna pada saya ............

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI