Hurm… Di Stesen Petronas Damansara tak silap aku .. Yang ada Mcdonalds dan Subway take away tuu .. Haa… Ceritanya gini .. Ni cerita biasa jer .. Sekadar untuk kita jadi lebih prihatin. Isu sama tapi manusianya berbeza ..
Aku singgah makan kat sini jap dan keluarkan duit. Di dalam kedai runcit Petronas ni aku terpandang la satu pasangan suami isteri bersama sorang anak perempuan mereka. Perempuannya , aku kasihan je tengok .. Pakaian lusuh. Dan lakinya pon sempoi gitu jer.. Tapi tampak mereka bahagia. Alhamdulillah.
Sewaktu nak keluar dari situ dan menghala ke Mcdonalds.. tetiba teringin nak makan burger Mcd. Maaf la yer.. Aku tetap boikot tapi sesekali makan je pon ..
Ok , sambung.. Seperti biasa , aku dukung Qhaliff.. Kalau aku kasi dia jalan , maka destinasi seterusnya bukanlah McDonalds tapi entah mana mana .. Haa.. Aku nak keluar dari kedai tu.. Pasangan tadi tu ada depan aku. Suaminya menolak pintu.. Anak perempuannya keluar diikuti isterinya. Aku betul betul belakang perempuan tu. Dan pintu tu dibiarkannya.. Takda tanda nak tahan pon. Aku mampu geleng kepala jer..
Kemudian aku menghala ke Mcdonalds yang ada disebelahnya… Di depan aku ada seorang budak lelaki. Dia menolak pintu tu terlebih dahulu dan kemudiannya menahan untuk melepaskan aku bersama Qhaliff masuk . Aku terus ucapkan terima kasih…
Sebelum tu… Sewaktu aku nak masuk parking , aku menunggu sebuah kereta yang kebetulan nak keluar. Rezeki aku dapat parking. Kereta tu punya la slow nak reverse pastu betulkan steringnya.. Dan kereta yang kebetulan nak keluar disebelah aku ni , bagi aku lampu tinggi lak ! Tak sabar betul laaa manusia ni ! Aku pandang dia dan angkat tangan tanda maaf diikuti gelengan kepala ..
Hurmm… Dunia ni bernasib baik kerana masih ada manusia prihatin ..











![[BUKAN KERANA TAKUT KEPADA ISTERI DAN BUKAN KERANA MENGHINA SUAMI ☺]
::: bangga lah jika suami anda boleh drive anda ke mana saja anda nak pegi, banggalah kalau suami anda boleh menyapu sampah, tolong anda masak, tolong anda jaga anak, basuh berak anak, tukarkan pampers anak. RAMAI WANITA YG CEMBURU DAN INGIN MEMILIKI SUAMI SEPERTI SUAMI ANDA.
Suami anda buat semua tu bukan kerana dia takut, bukan kerana dia hina atau kerana kita menghina dia, tapi dia buat semua tu KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
(sama ada suami kita sedar atau tak yg dia mencontohi Rasulullah SAW atau memang dah di didik oleh ibu-ibu mereka mengenai akhlak terpuji Rasulullah saw ini)
HARGAI LAH SEADA-ADANYA SUAMI ANDA, PUJILAH SEIKHLAS HATI, nak puji dalam Facebook ker, dalam surat khabar ker, dalam tv ker, pujilah. itu cara masing-masing. BIARLAH ORANG NAK KATA "MACAM DIA SORANG ADA SUAMI" DAN BIAR LAH ORANG NAK KATA APA SAJA. SUAMI ANDA, BUKAN SUAMI ORANG LAIN. Asalkan anda tidak memuji suami orang lain, kang jadi kes plak ☺ betul? betul?
tahukah anda::
(1) Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
(2) Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan isterinya akan marah dan pergi dari rumah, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
(3) Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
(4) Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
(5) Suami memakan makanan isterinya yang masin atau pun yang keras bukan kerana mencuba romantis di depan isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MENGHARGAI MASAKAN ISTERINYA.
(6) Suami mengumpulkan sejumlah dana untuk disimpan isteri bukan kerana bodoh dalam mengatur kewangan, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
(7) Suami merawat anak-anak kecil ketika mereka sakit bukan kerana mereka sesuai jadi perawat peribadi, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
Jom tag pasangan anda.. ^__^
:: JANGAN AMBIK KESEMPATAN PLAK BILA SUAMI DAH RAJIN TOLONG KITA DALAM HAL RUMAH TANGGA. BERSYUKUR LAH SUAMI NAK TOLONG YEA ☺
::: mana yg tak faham bahasa melayu ni boleh cari translator untuk translatekan. boleh kita didik suami kita perlahan-lahan, contoh macam saya kahwin dengan foreigner, jadi saya selalu terangkan setiap perkara supaya lebih persefahaman dalam rumah tangga. Selamat beramal ☺
Back to sunnah, JOM SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW ☺](https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/t1/1922298_438097942989154_1782938298_n.jpg)




























