BEN ASHAARI



Siatika ! 

Masuk minggu ke 3 dah dan semakin berkurangan. 2 kali aku gi fisioterapi dan sekali gi chiropraktik. Tukar kasut dan sandal pun dah !  Dan  pastinya wajib hari hari buat regangan badan dan juga gi gym. Kena lawan sakit siatika ni. Tak leh lembik. Memang terasa perit kekadang tapi itulah.. 

Punca ada banyak sebenarnya. Dalam kes aku ni, kestabilan menjadi faktor. Cara berdiri , cara berjalan, cara angkat beban yang aku rasakan berpunca dari pemakaian kasut yang tak bagus ! Nak murah punya pasal... Kemudian banyak duduk kebelakangan ni sebab buat live tiktok ! Adehhhh... 

Selain buat fisioterapi, adalah bagus untuk minum air halia dan tumeric untuk membantu melancarkan darah dan penyembuhan saraf. Selain dua air gabungan tu, aku juga minum air suam yang aku tambah cayenne pepper dan juga lemon. Dua ni pun bagus untuk saraf. 


Sedikit info pasal siatika ni  yang aku amik dari Wikipedia : 

Siatika ialah kesakitan yang turun dari bahagian rendah belakang tubuh ke kaki.Kesakitan ini boleh turun menerusi bahagian belakang, luaran atau hadapan kaki. Ia sering bermula dengan tiba-tiba selepas aktiviti seperti mengangkat berat tetapi ia boleh bermula secara sedikit demi sedikit. Kesakitannya sering diterangkan sebagai "mencucuk", "berdesup" atau "ngilu". Biasanya, gejala hanya muncul pada sebelah badan sahaja. 

Namun sesetengah perkara boleh mengakibatkan kesakitan di kedua-dua belah. Sakit belakang rendah kadangkala turut hadir. Rasa lemah atau kebas boleh terjadi di mana-mana tempat pada kaki yang mengalami siatika.

Kira-kira 90% kes siatika terjadi akibat ceper tulang belakang tersembul keluar dan menekan pada akar saraf lumbar (pinggul) atau sakrum (tulang kemudi). Siatika juga boleh berpunca akibat salah satu tulang belakang teranjak ke hadapan (spondilolistesis), menjadi sempit (stenosis tulang belakang), sindrom piriformis, ketumbuhan pada pinggul dan kehamilan. Ujian angkat kaki berlunjur selalunya dapat membantu membuat diagnosis. 

Ujiannya positif jika apabila kaki diangkatkan semasa berbaring telentang, rasa mencucuk berlaku secara tiba-tiba dengan pantas di bawah paras lutut. Dalam kebanyakan kes, pengimejan tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, pengimejan boleh dibuat jika pesakit mengalami masalah menahan najis, kekebasan atau kelemahan yang teruk, gejala sudah lama berlarutan atau syak terdapat ketumbuhan atau jangkitan. Tanda-tanda ini juga serupa dengan gejala penyakit pinggul dan jangkitan seperti kayap (sebelum kemunculan ruam).

Rawatan awal biasanya menggunakan ubat sakit. Walau bagaimanapun, bukti yang mengesyorkan ubat sakit dan pengendur otot untuk digunakan kurang mencukupi. Secara amnya, pesakit disyorkan untuk meneruskan aktiviti harian mengikut kemampuan mereka. Selalunya siatika akan pulih dengan sedikit masa; dalam kira-kira 90% orang, gejala hilang dalam masa kurang daripada enam minggu. 

Jika kesakitannya amat teruk dan berlarutan selama lebih daripada enam minggu, pembedahan boleh dipertimbangkan.Walaupun pembedahan sering mencepatkan pengurangan sakit, faedah jangka panjangnya tidak jelas.

Pembedahan mungkin diperlukan jika komplikasi berlaku, seperti kehilangan keupayaan untuk menahan najis.Banyak rawatan, termasuk kortikosteroid, gabapentin, pregabalin, akupunktur, tuam atau ais dan manipulasi tulang belakang, mempunyai bukti keberkesanan yang tidak mencukupi atau lemah.

Bergantung pada bagaimana ia ditakrifkan, kurang daripada 1% ke 40% orang akan pernah mengalami siatika. Siatika biasa terjadi dalam lingkungan umur 40 dan 59, dan lelaki lebih kerap terkena berbanding wanita. Siatika telah dikenali sejak zaman purba. Penggunaan pertama perkataan siatika yang diketahui berasal dari 1451.

Order : https://Halia1.wasap.my

Aku masih lagi aktif. Cuma kesakitan hadir bila di pagi hari dan bila duduk terlalu lama. Bila nak bangun dan mula berjalan tu, aduh.. Awal awal dulu kaki nak kena tanah pun dah perit ! Sekarang , Alhamdulillah... makin banyak beza. 

Bila kena macam ni , dinasihatkan jaga waktu tidur. Kasi saraf rehat. Bersenam ala kadar. Kuatkan bahagian punggung. Jangan angkat beban guna pinggang ! Haaaaa.. Kuatkan otot otot bahagian kaki peha tu. 


Subuh surau masjid... 

Hantar jemput si bongsu berjalan kaki


Tetap uruskan anak anak ke sekolah

Tetap gi gym..

 Ramai kena. Kalau tengok di Tiktok , ada je yang gi buat rawatan fisioterapi dan chiropraktik.  Nak pulih 100% tu , memang ambil masa dan tak mustahil boleh kembali !  Jadi kena hati hati dan banyakkan buat latihak kestabilan. Betulkan cara berdiri , cara duduk dan cara berjalan. Ketika solat tu pun adalah penting untuk perbetulkan cara ketika nak turun sujud ! Nah.. ramai tak amik cakna part ni. Walhal semua ni ada saling berkaitan..

Ingatkan anak anak , aktiviti hari ni.. pemakanan hari ni akan memberi kesan di kemudian hari.. 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Pernah dengar tak kenalan korang atau korang sendiri kata gini.. " Aku kalau satu hari tak makan nasi , confirm gigil ! Tak tahan lapar wehh ! ". Mesti ada kan ? Haaa.. Kan kan ? Persoalannya, apakah benar benar lapar atau sebenarnya... kita tu atau korang tu , ketagihan ? Haaaa.. 

Aku dulu pun gitu gak tapi takda tahap perlukan nasi setiap hari. Aku makan je apa yang ada. Tak bergantung hidup dengan nasi semata mata. Aku bukanlah penagih gula. Ya , nasi tu karbohidrat dan ramai masih tak tau , sumber karbohidrat ni banyak dan mudah je untuk didapati tapi bagi orang yang tak akfit di awal hari , perlu ke nak makan nasi ? 

Apa maksud aktif di awal pagi ?? Apakah lepas makan nasi , kita turun ke bendang ? Sawah ? Ladang ? Kebun ? Bekerja menggunakan kederat 4 tulang ? Atau.. lepas makan nasi , duduk atas kerusi atau terbaring mengadap skrin ? Tak kisah la skrin tv atau komputer ? Paling tidak pun , memandu kenderaan dalam jangka masa yang lama ? Korang tergolong dalam kelompok mana ? Apakah yang gunakan tenaga yang banyak ? Atau sikit jer ?  Kalau sedikit , perlu ke nak masukkan nasi ? 

Aku kasi tips la ya.. Bila terasa lapar, cuba makan makanan yang tinggi protein. Contoh macam telur rebus , ayam , atau makan ikan. Cuba makan tu dulu. Tengok pastu. Apakah korang masih lapar atau terasa muak tiba tiba ? Argh... tak lalu nak makan ? Nah.. ternyata sebenarnya , korang bukan kelaparan tapi keinginan nak masukkan GULA dalam badan ! Mencari sesuatu yang manis untuk diletakkan atas lidah. 

Mati ke tak makan nasi ? Ramai komen di Tiktok aku kata , nasi tak bersalah. Kenapa nak skip nasi ! Aku tanya satu soalan je.. Apasal korang tak skip je nasi ? Nasi satu keperluan ? Ianya cuma seperti kita perlu pakai pakaian je. Tak kisah la baju apa.. warna apa.. kain apa.. Asalkan menutup tubuh badan ! Kan ? 


Dulu , aku bermasalah dan lepas aku kawal pemakanan aku, Alhamdulillah.. 

Nak lagi syok , ada pulak suruh makan roti ! Aduh la hai.. Kenyang ke makan roti ni ? Masalah makan roti ni, sekejap je terasa perut tu terisi pastu kelaparan balik. Kesudahannya cari sesuatu yang berat untuk dimakan. Bagi yang kaki nasi , mesti nak makan nasi. Nah, tadi makan roti.. Gula dah. Pastu masuk pulak nasi. Abis makan nasi , cari pulak air manis. Pastu baru nak bersenam. Bersenam berjam jam lamanya untuk membakar semula kalori. Tu belum part amik suppliment untuk membakar lemak atau menangkap carb bagai ! Hahaha.. ada ya ! 

Kan mudah sebenarnya.. kita makan je makanan yang tinggi protein dan fiber. Kurangkan je karbohidrat. Bukan tak makan langsung karbohidrat tapi pengambilannya dikurangkan. Bergantung pada aktiviti kita pada hari tu. Kalau rasa hari tu korang aktif , makan la karbohidrat tapi tak semestinya nasi. Pisang ada, ubi ada, kurma ada.. eh , banyak laa. Korang leh tanya je Chatgpt atau google jer. 

Belajar jangan bergantung pada NASI saja. Korang boleh je hidup tanpa nasi. Kita hanya perlu makan saja..

Mudah ! 

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Bermula dari Sabtu lepas, aku terasa sangat sakti pada bahagian tepi peha. Sebelum tu , aku terasa dah pada bahagian tumit. Aku ingatkan tu tanda tanda plantar fasciitis tapi ketika aku buat fisioterapi, aku minta periksa pada bahagian tu. Takda masalah. Terseliuh ketika hiking ? Hurm.. takda pulak rasanya. Maka aku biarkan jer. 

Rupanya ianya bermula dari situ.. naik ke atas. Yang bahagian pinggang tu , lama dah terasa tapi bagi aku itu biasa dah kena sebab form yang salah ketika angkat beban. Biasanya ketika main deadlift. Lama lama dia ok sendiri. 

Tapi kali ni , lain macam skit. Sakit dan sengal pada bahagian kaki kiri sangat menyucuk. Mood aku sangat terganggu. Mudah emosi jadinya. Manakan tidak.. bila nak bangun dari duduk dan pijak lantai , terasa sangat sakit sekali tapak kaki. Kekuatan  diri terasa kehilangan 50% ! 

Maka aku gi buat fisioterapi untuk kali ke tiga pada bulan ni. Kali pertama , kaki dan dah sembuh. Pastu bahu lak. Gara gara salah tidur. Pun dah ok. Ni kembali ke kaki lak. Kali ni , memang sangat sakit sekali.

Lepas fisioterapi di Kota Warisan , kaki aku terasa lega sedikit. Namun keesokkan harinya , sakit tu kembali lagi. Apa yang salah ?? Di mana salahnya ? Nak kata pemakanan, aku memang jaga dah pun. Tapi bila aku tengok posting video di TikTok , ada beberapa buah buahan yang golongan sakit saraf ni tak leh makan seperti mangga , nenas , kurma  , oren dan beberapa lagi. Aku makan nenas , oren dan kurma. Adeh... patutlah. 

Simptom sakit kaki aku ni sebijik macam sciatica. Bila aku tengok video video pesakit sciatica ni , fuh.. menakutkan. Tapi mereka pulih dengan banyak cara. Cuma menderita la dulu. Huhuh.. Kena rajin buat regangan dan kuatkan otot  tertentu. 



Cuma masalah sakit aku ni, aku tak rasa berpunca dari duduk terlalu lama atau tidak aktif  bergerak. Nak kata punca terlebih bersukan pun takda lak. Aku rasa aku tahu puncanya bila aku tertonton satu video yang mengatakan antara punca sakit belakang membawa ke sakit kaki adalah tapak kaki ! Jika melibatkan tapak kaki, pastinya adalah kerana kasut ! 

Ya.. baru baru ni ada aku beli satu sandal yang diperbuat dari foam ! Masalah kasut ni ialah , size ketika aku beli, besar.. tapi dia boleh mengecil dek kerana bila kena panas. Bila aku gi balik ke kedai kasut tu, aku tanya penjual katanya ya.. Jangan letak sandal ni di tempat panas. Nanti dia mengecil. Pulak ! Beli RM200+ tuuu... Dah tu camana ? Takkan nak simpan ? Aku pakai la juga bila gi surau masjid cuma tapak kaki aku rasa tak selesa ! 

Dan rasa tak selesa tu membawa ke berhari hari. Pakai pun dalam jangka masa yang lama. Adeh... Nayaaa sungguh laa.. Bila aku tanya Chatgpt , apakah sandal foam ni 'bemasalah' dan jawapannya.. 


🔴 Kesan Buruk Sandal Foam pada Tulang Belakang:

1. Tiada sokongan lengkungan kaki (arch support)
→ Kaki kita perlukan sokongan untuk menampung berat badan. Sandal foam biasa tak ada struktur sokongan, jadi postur badan boleh berubah, menyebabkan tekanan pada tulang belakang.

2. Menyerap hentakan dengan buruk
→ Foam murah atau lembut sangat mudah leper dan tak menyerap hentakan dengan baik. Akibatnya, hentakan berjalan naik terus ke lutut, pinggang, dan tulang belakang.

3. Tidak stabil
→ Tapak yang terlalu lembut atau rata boleh buat pergerakan kaki tak stabil, menyebabkan beban tak sekata, yang boleh membawa kepada sakit pinggang atau belakang.

4. Boleh menyebabkan postur salah
→ Bila kaki tak selesa, kita cenderung berjalan dengan cara yang tak semula jadi — ini boleh mempengaruhi posisi pinggang dan belakang.

Kesimpulan:
Kalau hanya pakai sekejap (contohnya dalam rumah atau berjalan sekejap), sandal foam tak jadi masalah.


Sayang sungguh. Best dah best tapi tu laa... tak sesuai untuk aku

Hari ni, aku tak tahan dah sakit. Cuma ketika gi hiking tu, sakit kaki tu tak rasa. Di rumah je baru terasa. Tu bila berkaki ayam ! Bermakna sakit aku ni bermula dari bawah membawa ke atas.  Lepas Zohor, aku gi AEON. Aku ke Sport Direct. Aku tahu apa yang aku nak kena beli. Sandal ni memang aku guna dulu lagi cuma aku beli secara online. Kali ni , aku nekad beli. Harga dia pun , ada diskaun la skit. Ok la dari takda. Hahahaha..

Lepas beli.. terus aku tukar kasut. Sebelum tu, aku pakai kasut hiking ke sana. Itu je kasut yang aku ada. Tu la kasut gi gym.. tu la kasut gi jalan.. tu la kasut gi hiking ! Maunya tak bertambah sakit kaki aku ni. Adeh.. sian badan aku ni. 

Sampai... Terus amik dan cari size. Bayar dan keluar dari situ. Terus tukar kasut.. Dan Allah.. leganya rasa kaki. Macam dapat tidur atas katil hotel 7 bintang ! Lega sungguh. Pastu terus gi gym. Aku nak test pakai untuk satu jangka masa yang lama. Nak tengok impaknya. Dan ternyata, kaki aku tak terasa sakit. Masih ada 'bisa bisa' tapi kurang sangat dah. 

Alhamdulillah. 

Takkan nak pakai sandal ni gi gym kot ? Aku pikir dan pikir. Malas nak sayang duit.. Aku ke Mesa Mall. Kali ni ke QC. Kat situ aku tahu, ada kasut Under Armour yang dalam bajet aku. Kat SD tadi, paling murah pun dalam RM185. Hahahaha.. mahal untuk pakai gi gym semata mata. 



Dan dapat sepasang. Warna kegemaran aku. Alhamdulillah. Kusyen dia pun sedap. Ikut tapak kaki kasut ni. Sebab tu aku payah nak pilih jenama lain. Sesungguhnya , benarlah kasut ni kalau salah pakai.. naya badan kita. Dulu aku tak rasa gitu tapi lepas kena ni.. fuh, insaf. 

Alhamdulillah.. terasa lega dah kaki aku ni. Ambil masa gak la untuk sembuh 100% ! 


 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Orang kita.. bila sebut je cermin mata , maka terbayanglah perkataan RABUN MATA ! Automatik kehilangan kenikmatan yang Tuhan berikan. Kan ? Mata adalah kenikmatan dunia yang tiada tandingnya. Kalau dah rabun , memang terpaksa bergantung pada cermin mata. 

Hari ini, pemakaian cermin mata bukan lagi dilihat sebagai ‘petanda rabun’ semata-mata. Sebaliknya, ia telah menjadi sebahagian daripada trend fesyen yang mencerminkan siapa kita. Sama ada anda memilih bingkai minimalis, retro, atau oversized, semuanya mampu memberi statement kepada penampilan harian.

Pakai ketika berjalan jalan , kelihatan kacak dan bergaya. Bagi gadis gadis , ianya mampu mengelakkan dari sang lelaki tergoda melihat mata mereka yang cantik itu. Kan ? Hahaha.. Sebenarnya , tak pun. Kebanyakkan yang memakai cermin mata gelap terutamanya , nak elakkan silau matahari atau rambang melibat barangan diskaun. Kan kan ? Hahaha.. tak kisah la apa pun alasan , ramai yang menggunakannya zaman sekarang ni.

Kenapa Kita Perlu Cermin Mata?

Masalah penglihatan seperti rabun jauh, rabun dekat, dan astigmatism semakin biasa terutamanya dalam kalangan pelajar dan pekerja yang kerap menatap skrin. Cermin mata membantu mengurangkan keletihan mata, sakit kepala, dan membolehkan kita melihat dengan jelas tanpa menegang otot mata.

Kini, ramai juga memilih kanta khas  seperti:
  • Anti-silau yang mana sesuai untuk pemanduan malam
  • Blue light filter bagus untuk mereka yang bekerja  mengunakan komputer dan telefon pintar
  • Photochromic  , kanta yang automatik bertukar menjadi gelap bila kena cahaya matahari 


Pemeriksaan Mata: Jangan Tunggu Sampai Terlalu Lambat

Ramai antara kita hanya ke kedai cermin mata bila ‘dah tak nampak’ tulisan. Tapi tahukah korang, pemeriksaan mata tahunan bukan sahaja membantu mengesan rabun, malah boleh mengenal pasti tanda awal penyakit mata seperti glaukoma dan katarak? 

Jika anda mula rasa kabur, silau atau sering pening ketika membaca, itu mungkin tanda anda perlukan cermin mata baharu. Jangan tunggu kena baru nak buat pemeriksaan mata. Bahaya tu. Jadikan amalan setiap tahun untuk pastikan mata kita dalam keadaan baik dan sihat. 


Cara Jaga Cermin Mata Supaya Tahan Lama

Cermin mata yang dijaga dengan baik boleh tahan bertahun-tahun. Antara tip penjagaan:
  • Bersihkan dengan kain microfiber (bukan tisu)
  • Simpan dalam bekas keras
  • Elakkan letak atas kepala (boleh longgarkan bingkai)
  • Jangan biarkan dalam kereta panas – kanta boleh rosak

Mata Cermin Dunia Kita

Cermin mata bukan sekadar alat  saja tetapi ia sudah menjadi salah satu pelaburan untuk kesihatan mata dan gaya hidup. Pilih bingkai yang sesuai, pastikan kanta berkualiti, dan nasihat aku , buatlah pemeriksaan mata secara berkala.

Kerana bila mata jelas, hidup pun lebih terang. Kan ? Jangan sampai kehilangan.. 



Mencari cermin mata ? Aku cadangkan ke sini : 

Eyes Vision Group 
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Whatsapp : https://eyesvisiongroup.wasap.my
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
Instagram : Eyes Vision Group 
Facebook : Eyes Vision Group
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Lama dah aku berusaha nak dapatkan bacaan Fat bawah 13% . Maklumlah , aku tak da amik apa apa suppliment untuk membakar lemak terutama bahagian perut aku ni. Cukup degil sungguh la. Maklumlah , dah berpuluh tahun bela.. kan ? Haha.. Bukan semudah itu untuk mencairkannya. 

Terkini... aku punya bacaan Fat dan Visceral Fat aku dalam keadaan baik. Aku nak cuba Fat dibawah 10% dan VF , 9%. Aku rasa dalam beberapa minggu boleh capai kot selagi aku jaga gaya hidup aku. Setakat ni terjagalah. Hahaha.. Tak tau la nanti bila aku makan durian nanti. Apakah akan naik ? Huhu.. 

Fat (lemak)
Merujuk kepada lemak itu sendiri – iaitu tisu lemak yang ada dalam badan.

Ia boleh jadi essential fat (lemak penting untuk fungsi badan) dan storage fat (lemak simpanan).

Contoh penggunaan:
"Orang tu banyak fat dekat perut."

Fat Mass (jisim lemak)
Merujuk kepada jumlah keseluruhan berat lemak dalam badan – dalam kilogram atau peratusan.

Ia adalah satu komponen dalam Body Composition (komposisi badan).

Contoh penggunaan:
"Fat mass dia ialah 25% daripada berat badan dia."


Bagaimana aku berjaya turunkan ? 

Dua minggu ni , aku ubah gaya makan aku. Aku gabungkan air yogurt greek bersama serbuk cacao , kurma , chia seed , walnut , madu asli dan telur rebus ! Cuma part telur rebus tu , aku buang kuningnya. Pastu aku blend. Sebelum ni aku campur sekali. Memang tak leh nak telan. Hahahaha.. 

Aku buat sebotol dan minum sepanjang hari. Bila tinggal setengah , aku tambah telur rebus dan blend sekali kali. Dan menariknya, kalau letak dalam peti ais, jadi lebih sedap ! Lain macam sedap dia. Aku jadi ketagih lak. Sebelum ni wife dan anak bongsu aku suka


Ada tenaga ke bila sekadar minum ? 

Aku minum gabungan tu selepas workout dan ketika lapar. Tapi aku tetap amik makanan pejal seperti ayam , ikan , sayur dan buah buahan. Daging merah tu jarang la aku makan dalam seminggu. Dan aku cuma makan sehari 2 kali jer. 

Manakala aktiviti aku tetap seperti biasa. Takda pengurangan cuma terasa power ketika dalam gym tu kurang. Aku tak pasti la sebab cuaca terik memainkan faktor sebab kawan aku pun kata dia cam rasa lembik jer. Tu kalau workout belah petang la. Belah pagi , ok lagi. Dan aku masih boleh gi hiking lepas atau sebelum ke gym.. 



Bersenam dengan perut kosong sewaktu pagi membantu membakar lemak ?

Part ni memang ada banyak mazhab. Hahaha.. Aku berpegang pada guna pakai tenaga yang sedia ada sebelum masukkan yang baru. Maksudnya, lebihan tenaga dari semalam tu, masih boleh aku gunakan untuk hiking mahupun workout di gym. Lagi pun aku bukanlah jenis workout yang layan berat berat. Aku fokus pada menguatkan otot seluruh badan , secara ala kadar. Takda nak kejar rekod peribadi pun. Asal boleh angkat , teknik betul.. berpeluh , dah cukup untuk aku. 

 Kelebihan Bersenam Dengan Perut Kosong:
  • Bakar lebih lemak - Bila tiada makanan dalam perut, badan akan guna lemak simpanan sebagai sumber tenaga. 
  • Tingkatkan sensitiviti insulin
  • Bagus untuk kawal gula darah dan cegah diabetes jenis 2.
  • Tingkatkan hormon pertumbuhan (HGH)
  • Membantu dalam pembinaan otot dan pembakaran lemak.
  • Rasa ringan dan lebih fokus
  • Tanpa makanan dalam perut, ramai rasa lebih bertenaga dan tak mengantuk.

Kekurangan / Risiko:
  • Kurang tenaga untuk senaman berat
  • Kalau buat senaman berat (angkat berat, HIIT), mungkin rasa cepat penat atau pening.
  • Otot boleh 'dibakar'
  • Kalau tak cukup protein sebelum/selepas, badan mungkin guna otot sebagai tenaga.
  • Risiko pening atau loya - Terutama bagi yang ada masalah gastrik atau tekanan darah rendah.

Tips Jika Nak Bersenam Dengan Perut Kosong:

  • Sesuai untuk senaman ringan/moderat: brisk walk, yoga, joging santai.
  • Minum air kosong atau kopi tanpa gula sebelum mulakan.
  • Ambil makanan berprotein selepas senaman untuk pulih tenaga dan jaga otot.

Khasiat gabungan air yogurt greek , cacao , kurma , walnut , chia seed dan madu asli. 



 Khasiat Gabungan Hebat Ini:

1. Yogurt Greek
  • Tinggi protein – bantu bina otot dan kenyang lebih lama
  • Kaya probiotik – baik untuk penghadaman dan usus sihat
  • Sumber kalsium – kuatkan tulang dan gigi

 2. Serbuk Cacao Asli
  • Kaya antioksidan (flavonoid) – lawan radikal bebas, lambatkan penuaan
  • Tingkatkan mood & tenaga semula jadi
  • Bantu lancarkan peredaran darah
 3. Kurma
  • Sumber tenaga segera
  • Kaya serat & zat besi – elak sembelit dan bantu penghasilan darah
  • Baik untuk fungsi otak & memori
 4. Walnut
  • Tinggi omega-3 – bagus untuk otak & jantung
  • Kaya antioksidan – bantu kurangkan keradangan
  • Sokong fungsi saraf dan kesihatan mental
5. Chia Seed
  • Sumber serat & protein tumbuhan
  • Bantu kenyang lama dan stabilkan gula darah
  • Kaya kalsium dan zat besi
 6. Madu Asli
  • Antibakteria semulajadi
  • Sumber tenaga & penenang batuk semulajadi
  • Bantu kuatkan sistem imun


Gabungan ini membantu:
  • Tingkatkan tenaga & fokus
  • Baiki penghadaman dan kesihatan usus
  • Sokong kesihatan otak dan jantung
  • Bantu kawal berat badan secara sihat
  • Sesuai untuk anak-anak, ibu menyusu, dewasa aktif & warga emas!

Alhamdulillah.. tekanan darah pun cantik.. 

Kesimpualannya, apa yang aku buat ni memang memberikan impak positif terutama buat mereka yang nak turunkan berat badan secara sihat. Bukan tak makan tau.. Kena makan juga dan perlu juga bersenam. Biar slim dan smart tubuh badan. Kan ? Tak nak mengelebeh je badan.. kan kan ? 

Apa pun.. pilihan di tangan anda ! 


 





Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Aku selalu tertonton 'live' dari pelbagai pengguna TikTok mengenai perubahan hidup mereka dari seorang yang obes ke bentuk badan manusia normal. Macam macam tips mereka kasi dan kebanyakkannya bersaling kait dengan gaya hidup masa lalu. 

Termasuk aku ! 

Sebenarnya nak kurus atau nak dapatkan bentuk badan yang ideal , tak susah. Sangat mudah dan banyak jimat berbanding nak kekalkan bentuk badan yang sedia ada ! Kan ? Hahaha.. Yelah , kalau dah obes.. nak maintain makan tu bukanlah mudah. Banyak kos woo ! Nak makan kena sedap sedap dan manis. Sehari mau 3-5 kali makan. Kan ? Berbanding nak kurus.. kita cuma perlu makan 2 kali je sehari dan banyakkan bergerak. 


Cuma masalahnya yang aku perasan la kan.. ramai bila berjaya turunkan berat badan tapi badan mereka kurus kering. Aduh.. tak comel gitu ! Nampak cam sakit jer. Cubalah kasi berotot ala ala KPOP gitu. Tak perlu pun masuk gym. Buat je senaman angkat beban kat rumah. Kalau dapat gi gym pun , lagi bagus. 

Atau paling mudah pun.. kasi nampak badan tu serupa badan manusia cergas ! Haaa.. gi hiking ke.. running ke.. tak kisah la apa pun sukan tapi biar nampak badan tu kemas dan smart. Laki perempuan gitu. Baru best. 



 Paling mudah sebenarnya ialah ABS. Ni nak dapat , sambil layan tv pun boleh buat. Pastu dapatkan pull bar. Haaa.. hari hari buat. Bukan kena beribu set pun. Menda ni kena rajin buat hari hari. Baru dapat dan best. Banyak kelebihan bila berotot ni. 

Menguatkan otot badan (strength training atau latihan daya tahan otot) ada banyak kelebihan untuk lelaki dan perempuan. Walaupun struktur hormon dan fizikal berbeza, kedua-duanya boleh dapat manfaat besar. Di bawah ni disenaraikan kelebihan ikut jantina, dan juga yang sama untuk kedua-duanya:


✅ Kelebihan untuk Lelaki:
  • Meningkatkan tahap testosteron secara semula jadi - Membantu kekal bertenaga, meningkatkan nafsu seks, dan membina otot.
  • Bina bentuk badan lebih tegap dan maskulin - Bahu lebar, dada bidang, lengan dan kaki lebih berotot.
  • Kuatkan tulang dan elak kecederaan - Kurang risiko osteoporosis pada usia tua.
  • Bantu bakar lemak dengan lebih efektif - Otot aktif bakar kalori walaupun ketika rehat.

✅ Kelebihan untuk Perempuan:
  • Bentuk badan lebih firm dan berlekuk semulajadi -Elak badan ‘flabby’, kuatkan lengan, peha, punggung & abdomen.
  • Kuatkan lantai pelvis & tulang belakang - Penting untuk wanita selepas bersalin & masa tua.
  • Seimbangkan hormon dan bantu kitaran haid - Latihan otot boleh bantu stabilkan hormon estrogen.
  • Kurangkan risiko penyakit seperti osteoporosis & PCOS - Latihan berat bantu peredaran darah dan kawal gula.

Apa pandangan korang dan apakah alasan korang , tak da masa nak bersenam ? 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ►  Disember 2025 (1)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ▼  Julai 2025 (6)
      • Jangan sampai kena 'siatika' !
      • Semakin ramai mati kerana tak makan nasi di Malays...
      • Antara punca sakit pinggang ialah salah pilih kasut ?
      • Cermin Mata: Lebih Daripada Sekadar Alat Penglihatan
      • Tips hilangkan lemak badan secara mudah !
      • Nak kurus tu senang je tapi masalahnya...
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes