Baru dalam dunia blog ? Inginkan perhatian dari blogger lama ? Seronok blog menjadi kunjungan ramai terutama blogger lama ? Trafik tinggi ? Follower ramai ? Berkawan dengan blogger lama ? Dan macam macam lagi perasaan yang ada ..
Serius .. aku dah lalui semua itu sepanjang tahun ini .. Dan yang pastinya segala ini akan berulang lagi dan lagi dan lagi selagi aku berblog .. Perlu korang tau ... semua ini akan berlaku pada korang juga selama mana korang aktif berblogging ..
Sakit hati .. dikecewakan dan mengecewakan .. Suka duku duka .. dan banyak lagi laa.. letih jari aku nak menaip kat sini sbb aku skang ni kat kawasan jualan murah MPH ..
Aku duduk la kat sini sementara menunggu wife aku berpusing pusing mencari buku .. Dan aku sendiri kekenyangan skang ni .. Hehehe.. Baru pas makan besar la katakan .. Mmg hancus ..
Ok sambung .. Ni aku kongsi satu pengalaman aku .. Aku dulu cam segelintir korang .. Mengharapkan blogger otai masuk dan komen.. Pastinya akan memberi semangat .. Tapi kan .. bila lama kelamaan kan , sebenarnya rakan rakan yang senantiasa memberi komen itulah yang memberi keseronokkan pada kita .. Itulah yang aku rasa skang .. Bila rakan rakan sama 'umur' aku berblog sambil berganding bahu seperti aku dan BORAKKOSONG lakukan , Eqzalback ( senior ) , Mat Gebu dan ramai lagi yang mana mereka semua inilah yang seringkali menghulur tangan memberi semangat ketika jatuh .. Blogger blogger baru ? Anda yang terbaik !
Jangan terasa jika blog tiada komen .. Komen akan hadir sekiranya entri kita itu menarik minat mereka untuk meninggalkan komen .. Nak tau berbaloi atau tidak tiap kali kita post entri tu , tengok pada trafik .. Ada yang suka masuk untuk membaca .. tapi nak low profile.. Kena hormati privasi mereka ..
Meninggalkan komen bukanlah segalanya ! Perhatikan semula entri kita tu .. Adakah sesuai untuk mereka singgah lalu meninggalkan komen ? Nak komen ke nak ada orang baca ni ??