Katanya ..
Owh.. patutlaahh aku kena bayar lebih kali ni.. GST 78 hengget !
Nampak gayanya.. banyak menda aku nak kena buat ni ! Antaranya , tanam sayuran sendiri.. masak di rumah .. kurangkan makan di luar ! Sayur amik dari kita tanam sendiri.. Jangan beli kat penjual sayur. Biar diorang rugi ! Pastu jangan jual sayur dah ! Padi , aku nak tengok mana mana kawasan lapang , nak buat sawah padi ! Choppp , kat Putrajaya banyak ! Harap diorang tak larang sebab ini cadangan dari orang besar kerajaan yer !
Ikan.. kena beli akuarium besar ni.. letak belakang rumah ! Bela ikan keli dan ikan bilis .. ikan sardin pon ok gak kan ? Ayam ? Haa… Best best ! Bela kat belakang rumah gak..
Camana lak ngan elektrik ? Hurm… air cond pakai seminggu sekali. Pastu guna kipas atau buat sendiri !
Tak mustahil satu hari nanti Malaysia akan ada lebih ramai rakyat seperti McGyver berbanding Menteri berCgpa 3.85 !! Jangan pelik nanti kalau nampak budak budak bawak pisau serbaguna tu.. Alaa, pisau yang ada macam macam kegunaan tu ..