Jutaan terima kasihlaah kerana sudi singgah ke blog ini untuk membaca perkembangan Qhaliff .. Saat dia mula dlm perut hinggalah keluar di dunia ni .. Macam macam dah aku cerita dlm blog ni ..
Aku bercerita , adalah utk berkongsi segala maklumat serta pahit manis . Aku tak de niat langsung untuk dapatkan pujian atau nak tunjuk baik kononnya nak jadi bapa yang bagus atau suami yang baik. Biarlah semua tu , Allah yang tentukan . DIA saja yang berhak menentukan segalanya .
Aku tak nak la ada kawan kawan dapat dosa kerana mengata berpunca dari entri entri aku ni . Bukanlah nak tunjuk aku lebih bagus tapi sekadar perkongsian semata mata . Malah ada juga rakan pembaca yang meninggalkan tips tips yang sangat bagus untuk aku atau rakan lain gunakan .. Terima kasih ..
Sebenarnya aku seronok bercerita pasal Qhaliff ni .. Tapi tu la .. Kesian kat mereka yang mengata tu .. Jadi , aku rasa bila cecah 3 bulan nanti , aku tak rasa akan upload dah gambar dia .. Biar je cerita tanpa gambar .. Ok ? Ke tak ok ?
Hari pertama Qhaliff dan semalam .. Semakin jauh bezanya .. huhu .. Betul kata orang lama .. Bila dah besar , rindu nak dengar dia nangis.. Nasib baik aku rekod gak segalanya dalam hp dan juga blog ..