Ada kawan tanya kat aku . Perlu ke letak ? Kalau tak letak ? Kena letak selalu ke ? Aku senyum je la.. Aku tau , ramai dok pikir mereka sedang mempromosikan nama BEN ASHAARI ! Tu je la dalam kepala otak mereka. Dah tu mereka yang berniaga kat Jalan TAR tu , dok promote nama Tuanku Abdul Rahman ke ??? Haihhh..Cetek sebenarnya pemikiran orang gini ..
Kalaulah aku benar benar nak blogger promote nama BEN ASHAARI tu , aku buat segmen cam dulu dulu jer.. Aku up dengan letak hadiah menarik , confirm beribu blogger join ! Ditambah dengan beberapa syarat lagi.. pastinya akan viral nama BEN ASHAARI dengan lebih mudah !
Tapi untuk apa sebenarnya 'arahan' letak #kelabbloggerbenashaari di media sosial ? Jawapannya ? Jawapannya mudah jer.. Dan rakan rakan yang letak hastag tu pon dah merasai tempiasnya ! Bukannya aku dapat job bejuta ringgit ! Bukannya aku makan job setiap hari sampai blogger di bawah Kelab Blogger Ben Ashaari tak dapat langsung !
Mau bijak sikit la kawan.. Bila kita berjemaah , orang nampak ! Orang respek ! Camana mereka boleh bersatu di bawah satu bumbung walhal mereka tu terdiri dari pelbagai latar profesion serta pendidikan yang tinggi ! Bukan budak sekolah baru lepas UPSR atau PMR yang join ! Mereka semua boleh berfikir dan tau apa tujuan mereka join !
Dan Alhamdulillah.. semakin ramai agensi pengiklanan berminat nak gunakan blogger-blogger #kelabbloggerbenashaari ! Dan paling penting , kami membantu dan sepakat ! Yang tak suka berjemaah tu , terpulang .. tak perlu nak kutuk kutuk .. Apatah lagi , kalau tak tau apa apa langsung mengenai KAMI !