Glamour .. Glamer .. Popular ? Heh .. Itu ke yang kita terkejar dalam hidup ini ? Mungkin la kot kalau masa kat sekolah .. Atau di Ipt atau lebih tepat lagi masa remaja .. Bila dah berusia , ada yang terkejar lagi ke ? Adaaaaa .. sapa kata tak de kan ?
Semalam Whitney Houstan meninggal dunia . Dan sehingga sekarang masih belum tau punca kematian dia . Hidup dia yang penuh dengan kegemilangan dalam dunia seni , semua orang tau . Sayangnya , dia sama seperti orang lain iaitu tak lari dari masalah peribadi ..Begitu juga dengan Micheal Jackson ..
Kembali aku terfikir sejenak sewaktu memandu hantar wife ke pejabat. Apa sebenarnya yang kita terkejar dalam dunia kita ni sedangkan terang-terang Allah dah bagitau tujuan kita berada diatas dunia ini tapi kita terleka dan lalai ..
Dulu aku sering fikir .. Apa gila aku punya jadual harian ? Setiap hari .. Dari hari Isnin hingga Jumaat , sama weh !! Bangun pagi , gi kerja .. Petang , g gym .. Mlm , tidur awal sbb nak g kerja esok . Pastu sama je untuk hari esoknya . Sehinggakan bila ada kawan ajak lepak untuk minum , aku tak nak sebab takmo mengantuk esok hari .. Apa gila ??
Sekarang ni , baru aku tau kenapa ramai benar tergila nak glamer ! Mungkin ada yang kata , aku tak nak .. aku tak minat .. Aku sekadar suka suka .. Tu antara ‘aku’ dengan hati aku sendiri .. Kita lebih tahu niat kita ..
Kesimpulan .. Perhatikan lampu lip lap yang cukup berseri bila di pasang di malam raya . Cahayanya cukup menarik mata , sayangnya .. tak lama … Itulah dunia glamer !
Jangan pisahkan dunia dan juga akhirat ..Seimbangkan ..