Setiap kali keluar gi shopping mall , balik rumah … aku akan pengsan untuk 20 minit. Kenapa ? Qhaliff tamo jalan. Dia nak aku dukung dia jer .. hahahaha ..
Manja ? Aku rasa dia tau ‘masa’ dia akan tamat tak lama lagi. Kiranya nak gunakan masa yang sedia ada ni utk bermanja abis abisan dengan aku.
Kelebihan ? Bila dia semakin rapat dengan aku , dia akan lebih dengar cakap aku berbanding wife. Ngan ibunya , dia boleh main main. Dengan daddy ? Pandang je dia dah takut .. hehehe ..
Hahaha.. cuma aku tak tahan part dia garang je laa.. Adeh.. Kalau dia mai garang , aku pun leh takut gak ! Hahahaha .. Mai part dia merajuk , abis lantai dia pakat guling.. Yang ni mmg aku marah laa.. sbb kotor kan .. Iskhhhh…