Terus terang aku ke panggung kali ni untuk menonton filem seram ( tak kira luar atau dalam negara ) adalah kerana rakan blogger yang ajak ! Kalau tak , aku tak berminat nak tonton melainkan filem ZOMBIE ! Hehehe.. aku suka tengok filem survival gitu.. Kasi semangat untuk berjuang !
Ok.. selain dari tu , Maya Karin adalah faktor aku ke panggung ! Selepas berjaya dengan beberapa filem kebelakangan ni , aku berjaya memaksa diri aku untuk menjejakkan kaki ke panggung , hanya untuk melihat lakonannya kali ni.Trailer , memang mengerikan. Aku pun terasa gerunnya ! Tertanya gak , apakah filem tu nanti sebagus trailernya ?
Dan.. masanya telah tiba ! Jam 2.30 petang semalam , aku dan 9 orang lagi rakan blogger #kelabbloggerbenashaari masuk ke panggung no7 di GSC Alamanda.
Filem bermula.. krik..krik.. semua menumpukan perhatian penuh pada pembunuhan demi pembunuhan ! Dan sesekali muncul hantu ! Ramai terkejut beruk termasuk aku walaupun aku dah jangka trick tu akan digunapakai ! Hehehe..
Lakonan Maya , aku tak leh persoalkan ! Memang best ! Tip top ! Tapi sayangnya , jalan ceritanya yang banyak boleh dijangka dan agak mengarut ! Tapi ok la kan .. ianya cuma sebuah filem jer !
Lakonan pelakon lain yang agak tak real tu sebenarnya banyak mematikan mood aku. Muka ‘tak takut nampak hantu’ ! Babak si Nona ( orang gaji berpakaian seksi tuu ) , dibunuh tu.. Tengok wajah si isteri dan anak anaknya yang menyaksikan kematian ngeri Nona.. Macam tengok lembu sedang dikorbankan jer ! Hurmm..
Skandal adalah penyebabnya ! Ni macam dah dijangka dah ! Dan beberapa babak lagi yang dah ‘boleh tangkap’ dan .. adeh.. Punya la sungguh si adik nak mati ketika jatuh dari tingkat atas tu.. tapi masuk punya semangat untuk berjuang ? Hurmm… hurm…
Ok la.. ianya sekadar filem jer ! Bagi aku , filem ni lebih pada filem pembunuhan jer.. Boleh la layan sebagai sokongan pada filem tempatan.. Sayangnya , kalau nak tengok untuk kali ke dua tu , tak mungkin kot ?
Tahniah buat Maya Karin atas lakonan mantap !