Terbaca satu artikal yang wife aku bagi di FB , tesis mengenai orang yahudi .. Aku pernah membacanya satu tika dulu tapi dah terlupa mengenainya ..
Sesudah aku membacanya sampai habis , entri yang pada awalnya aku nak buat .. aku delete .. Kenapa ? Hurmm.. Aku ibarat menyediakan ‘sampah’ untuk rakan rakan pembaca di blog aku .. Yang takde infomasi dan takda faedah ..
Memang benar , entri kebanyakkan lebih bersifat santai tapi dimana infomasinya ? Hurmm .. Nampak mudah sebenarnya tapi setiap apa yang kita tulis dan hasilkan , akan ditanya semula di akhirat kelak.
Itu belum lagi bab pendapatan. Jika menghasilkan pendapatan melaluinya , keberkatannya bagaimana pula ? Sedangkan kita sendiri tau bagaimana ianya dihasilkan ..
Hurm… Ramai cari jalan mudah untuk berjaya tapi mereka tolak tepi bab akhirat kerana menyangka masa menanti kita untuk bertaubat sebelum dijemput maut ..