Semalam , aku nekad ! Aku nak botakkan kepala aku.. Tak kira la wife suka atau tidak ! Aku tetap nak botakkan kepala.. Kenapa ? Sebab aku tak tahan dahh.. Ni bukan pertama kali aku botakkan kepala.. Banyak kali dah pon ! Mungkin ada yang tak pernah tengok dan agak terkejut.. Dan ada yang tak terkejut cuma tak sangka aku botakkan kepala .. kan kan ?
Kenapa ?
Apakah kerana kutu ? Hahahaha.. Aku anggap je tu sebagai gurau senda. Saja nak bermanja ngan aku la kann.. Hahaha..
Hurmm.. sebenarnya, dah seminggu lebih kepala aku ni sakit ! Rasa macam terantuk besi ! Sakitnya tu , berubah rubah tempat ! Kejap belah kanan.. kejap belah kiri ! Bukan pening tau.. tapi sakit ! Bila urut , angin keluar ! Maksudnya , aku belahak laa..
Hurm.. Aku ingat lepas botak ni , nak try berbekam. Kali petama nak berbekam. Aku risau gak jika berpunca dari tekanan darah tinggi. Hurmm.. Nak jumpa doktor , sah sah kena leter. Dah la aku sakit.. kena leter lagi ! Adehhh... Nak kena cari doktor cun. Kena leter pon tak kisah laaa.. Aku nak tengok jer diaa.. Tapi sebelum jumpa tu , nak kena color janggut dulu.. Kasi hitam legam.. Baru kekacakan terserlah ! Hehehehe ..
Tapi aku suspek sakit kepala aku ni berpunca dari mata aku ! Aku pakai cermin mata yang dah expired powernya ! Maksud aku , power dia dah tak selari dengan kerabunan dan kesilauan mata aku. Aku dah gi check ari tu.. memang spek aku ni dah layak ditukun tiruankan di lautan dalam. Hurmm.. Spek baru siap , hujung tahun ni.. Huhuhuh.. Hujung tahun baru siap wooiii ! Nak tak nak, aku pakai je apa yang ada..
Haa.. Terlupa lak aku.. Ada yang tanya , apa respon Qhaliff dan Zahra bila tengok aku botak ? Hehehe.. Si Qhaliff , ketawa terbahak bahak ! Zahra , tergamam. Wife pengsan ! Arghhh... Tak kisah laaa.. janji sakit kepala aku kurang !
Apakah kurang ? Hurmm...Kena g jumpa doktor gak ni..