Sahabat blogger aku , Puan Nooraini Ali ada bagi aku sekotak Kopi Pegaga Warisan untuk aku cuba. Katanya bagus untuk kesihatan dan memandangkan aku yang dah kembali jaga kesihatan selepas bermalasan berbulan lamanya , pastinya tidak lepaskan peluang ni sama sekali.
Malam tu , aku cuba minum secawan. Kopi bagi aku tak beri kesan pon. Kalau dah ngantuk , ngantuk gak. Nak tidur , tidur jer.. Tak de maknanya tak leh tidur !
Aku ingat lagi , aku tidur malam tu .. jam 4 pagi ! Abis berpusing aku sana sini. Bertenaga jer ! Argh.. siap update blog lagi. Qhaliff dan Zahra dah lena. Ah , sudah. aku tidur lewat ni kang.. kul 6 nak bangun dah . Pastu nak gi gym. Cukup ke rehat ? Alhamdulillah.. aku bangun dan siap gi jogging lagi walaupun tak cukup tidur !
Sejak tu , kopi pegaga ni aku minum di pagi hari jer. Malam , aku minum seawal 8 malam. Sekadar untuk dapatkan tenaga hingga ke larut malam memandangkan aku tak makan nasi di sebelah malam.. hehehe..
Selain membekalkan tenaga , dikatakan Kopi Pegaga Warisan ni mampu membuatkan kulit kita lebih cantik serta menyingkirkan toksin dalam badan ! Mereka yang stress pon digalakkan minum kopi pegaga ni. Mampu melegakan tekanan katanya.
Manis ? Bagi aku tak la. Kalau manis , aku tak minum. Aku memang tak minum sangat 3 in 1 punya kopi. Agak memilih skang ni.. Tapi Kopi Pegaga Warisan , takda isu bagi aku.
Korang yang bekerja di pejabat tu , aku tau.. korang jam 10 gitu mesti dah mengantuk ! Aku syorkan simpan sekotak dua di pejabat. Time mengantuk , kasi minum jer.
Nak beli mana ? Beli je kat Puan Nooraini tu.. add dia di FB dia pastu pm. Kata Puan , “ Saya nak 2 kotak Kopi Pegaga Warisan ! Ben cakap best ! “ . Heeee.. Harga RM30 seperti yang tertera di kotak. Jangan risau , aku tak amik komisien ! Hahahaha..