“ Ni yang aku malas nak amik orang kita keje ni ! Ikut suka hati jer ! Pastu banyak karenah . Gaji nak tinggi tapi .. “.
Pernah seorang rakan aku meluahkan perasaannya hingga terpaksa cari pekerja baru. Pekerja lama tu , dah diajar pelbagai kemahiran pastu buat pasal lak !
Aku baru sampai rumah orang tua aku. Tadi gi lawat ayah aku. Ada 2 hari lagi sebelum pembedahan. Sampai je rumah , mak aku bersuara.. Pemandu van sekolah sambilan buat hal ! Bawak setengah jam sehari je pon.. Tengahari ! Bayar RM30 !! Dah amik duit untuk beberapa hari , tetiba lak tak nak bawak ! Duit amik dah .. Haihhh ..
Lagi sorang pemandu , jap datang .. jap tak .. jap ok , jap sakit ! Haihhh.. Macam macam hal betul laaa .. Camana la bangsa kita ni nak maju ?? Bila susah , marah sana sini kata tak nak tolong walhal sendiri yang pemalas !
Sama gak sebenarnya isu ni dalam dunia blog. Bila dah bagi job , buat kerja serupa .. Haihh.. Bila tak bagi , kata kasi kroni jer ! Iskh… Dah bagi , tak reti nak hargai !