Ok.. aku masih di Pulau Pinang. Persoalan standard ialah KAT MANA TEMPAT MAKAN YANG BEST ? Maka ramailah berkongsi maklumat. Macam macam ada dan kebanyakkanya aku dah tau ! Boring !
Pulau Pinang ni bukanlah besar sangat ! Dah dah berusia 39 tahun tapi aku tak pernah lagi terokai negeri asal usul mak bapak aku ni ! Asyik asyik bila datang sini.. terus ke kampung halaman dia pastu gi ke rumah adik beradik ! Pastu balik KL .. Tu jer ! Boring , boring dan boring !
Kali ni.. bersama wife dan anak-anak , aku nak cari makan di tempat yang orang tak tau pon kewujudannya di Pulau Pinang tapi ianya adalah kedai makan yang sedap pada penduduk setempat ! Hehehe..
Destinasi aku ialah.. Teluk Bahang – Balik Pulau ! Balik Pulau ni terletak di atas bukit ! Nak ke situ memang menarik ! Hahahaha. Kalau orang tak biasa , memang dia akan mabuk seperti mana aku dulu dulu. Hehehe.. Dulu respek kat bapak aku ! Camana la dia boleh memandu di tempat yang bengkang bengkok serta jalan raya yang sempit tu ??? Hebatttnyaaa.. ( bak kata Qhaliff )
Nekad beb ! Kalau tidak , sampai bila bila aku tak berani bergerak sendirian.. Huhuhu. Aku ada Waze ! Apa nak risau kan ?? Hehehehe..
Alhamdulillah.. Aku berjaya mengesan satu tempat yang cukup berpotensi untuk dimajukan dalam dunia maya ni ! Huhuh.. Dan mereka mempunyai produk yang sangat berkualiti malah mereka memang mengeksport ke negara negara Timur Tengah seperti UAE dan sebagainya.
Di sini ada jual coklat , kopi dan teh ! Dan semuanya sedap ! Huhuhu.. Nasib baik dalam poket cuma ada beberapa ringgit jer ! Hehehe.. Maka aku cuma sempat beli teh halia jer. InshaAllah akan kembali lagi.. Hehehhe..
Perjalanan diteruskan.Akhirnya sampai di Balik Pulau… Mencari restoran atau kedai tepi jalan. Kalau ada , leh buat review sekali.. hehehe..
Cari punya cari , akhirnya ternampak satu kedai makan ni. Terus parking kereta dan ..
Menu ? Fuh.. Berpeluh jap.. Dia kata kuih saja boleh capai 45 jenis kuih.. Huhuhu.. Dan wife memilih laksa , bihun sup dan pasembor.. Tu jer .. hehehe..
Owner dia baik hati sungguh laaa.. Senyum jer dan mudah mesra ! Tanya je apa apa soalan , dia jawab Borak punya borak , akhirnya aku tanya nama kedai tu.. Kedai Seringgit ! Heehehe.. Aku tersenyum.. Sedap sedap makanan kat sini. Ramai orang datang situ. Katanya memang dah tersohor di kawasan tu.. Tapi tak ramai orang luar yang tahu..
Lepas makan , terus balik ke hotel. Dah kul 5 lebih. Kul 6 petang , nak lepak pantai. Nasib baik aku nak balik dah.. kalau tak, mesti aku sambung pencarian aku .. cari makanan yang best best.. tapi tak ramai yang tahu ! Haaa..
Banyak tempat yang best di Pulau Pinang ni.. Sebaiknya kalau korang ke sini .. terokailah Pulau Pinang.. Mesti seronok punya.. Elakkan masuk town.. hehehe..