Tak tengok lagi tapi dah tau cerita camana .. Bosan ! Jangan la kata kat aku , cepat benar bagi andaian padahal tak tengok lagi ! Kita sedia maklum , dengan tajuk , poster begitu , dah boleh jangka cerita camana nak ditonjolkan pada penonton. Ditambah lagi dengan write up di akhbar , menguatkan lagi aku punya keinginan untuk menolak filem filem begini …
“Sejujurnya, bila kita buat filem yang mengetengahkan masalah remaja masa kini, kita angkat isu seperti pergaulan bebas, penonton akan melihat pada babak-babak yang ‘daring’.
“Padahal setiap paparan, ada mesej yang mahu saya sampaikan dan bukannya saya mahu mempromosikan gaya hidup mereka serta seterusnya menggalakkan remaja lain mencontohinya.
“Contohnya mesej yang saya cuba sampaikan, apa yang akan terjadi ekoran tindakan kita yang tiada kawalan dan mungkin terjebak dengan penyalah gunaan dadah, mengandung anak luar nikah dan banyak lagi,” .
“ Nasihat saya lihat filem ini dengan fikiran terbuka dan pandangan yang positif. Lihat apa mesej yang cuba saya sampaikan,”
Kenyataan akhbar pengarah , Osman Ali pada SinarHarian.
Nasihat aku , toksah bazir duit … Baik beli je cd ceramah agama atau layan je kuliah agama online tu .. Seronok lagi ada laa ..
Yang ni lak ? Tunggu je keluar kat tv .. Lagiiiii membazir .. Standard drama petang petang jam 6.30 , TV2 .. Layan kartun pon lagi best ..
Maaf la yer .. aku bukan anti filem melayu .. Aku orang melayu yang senantiasa dahagakan filem atau drama berkualiti dari pengarah atau pembikin filem .. Malangnya sekarang ni , apa yang aku nampak , semua nak untung cepat !!