Iklan dari NUFFNANG akan menjana $$ untuk blogger .. Makin kerap iklan keluar makin suka blogger tu kan ? Tapi kenapa iklan kerap keluar namun $$ tetap sedikit ? Camana NUFF kira ??? Takkan dia tipu kot ?? Atau trafik tinggi tapi $$ skit je.. apa kes ni ??
Ok... Aku cerita mengikut pengalaman aku la yer ... Trafik tinggi , amat berguna sekali untuk mereka yang dapat BUFFERED EARNINGS atau dikenali sebagai BE .. Kiraan $$ bagi BE adalah berdasarkan pada PAGEVIEWS .. Bagaimana kiranya , rasa aku NUFF tak pernah dedahkan .. Tapi untuk company lain ada .. contoh untuk 1000 PAGEVIEWS mungkin dalam RM5 atau lebih mahupun kurang .. itu contoh jer ..
Ok.. skang ni kita cerita tentang iklan biasa atau CPC .. Apa itu CPC , aku nasihatkan korang , sebagai blogger rajin rajin buat kajian dengan mengoogle.. Bila google , lagi banyak maklumat korang dapat .. Serius ! Lagi banyak info lagi matang korang menulis entri ..
Bagaimana nak dapatkan $$ yang tinggi dari NUFFNANG ? Aku cerita NUFFNANG sbb ramai guna NUFF ni .. Cuba korang fikir yer ... Kalau blogger masuk blog korang ... iklan tengah keluar , macam yang di bawah ini ...
Berapa ramaikah yang akan sudi klik iklan tersebut ? Dalam 100 orang masuk , berapa kerat akan klik ? Kalau 100 tu semua blogger yang mana iklan tu pon akan keluar kat blog dia maka lebih baik dia klik sendiri kat blog dia kan ? Kenapa nak sedekah kat blog orang ? Haaa .. ada blogger berfikiran gitu ..
Dah tu.. sapa yang akan klik ? Itulah dia ... satu persoalan yang bijak .. hehehhe .. Sapa yang akan klik ? Kalau bukan blogger , sapa lagi ???
Disinilah kelebihan blog yang gunakan SEO untuk menjana trafik ... SEO dan banyak lagi kaedah untuk menarik trafik ... Cuba korang google cara cara nak dapatkan trafik.. akan diajar nanti dalam blog mereka ..
Orang yang akan klik iklan ini ialah mereka biasanya bukan terdiri dari blogger tetapi pembaca biasa yang mana biasanya mereka tiada blog atau user internet yang biasa biasa jer ..
Bagaimana nak dapat mereka semua ni ? Mereka yang maksud aku ni ialah pembaca biasa ( tiada blog ) .. Inilah satu lagi kelebihan mereka yang ada FACEBOOK atau sosial network yang lain ... Promosi dibuat di FACEBOOK untuk menjemput mereka yang biasanya terdiri dari silent reader untuk singgah ke blog kita untuk membaca entri terkini kita ..
Bayangkan jika mereka ini yang hanya masuk ke blog kita bila dijemput tiba tiba nampak iklan menarik sedang keluar .. Apakah korang rasa dia akan tengok saja ???
Sebab itulah , selain tarik trafik dikalangan blogger , korang kena ada pembaca setia yang lain ! Fikirkan tu yer ...