Yup , menang memakai. Tapi jangan sampai bergolok gadai atau berbelanja melebihi pendapatan semata mata inginkan yang bagus dan berkualiti.
Kalau dulu kan , orang kata yang belum tentu yang mahal tu bagus dan yang murah tu takde kualiti .. aku percaya ! Tapi sekarang , aku rasa macam dah tak betul ! Kalau nak elok , sila tambah duit !
Dulu , banyak baju murah yang berkualiti tapi sejak ramai beli yang murah , kualiti makin hancur ! Pakai sekejap je dah mula bermasalah .
Tahun ni saja aku beli 3-4 pasang seluar sukan berjenama tempatan yang murah harganya kerana nak guna g gym. Tapi sayangnya semua dah koyak di lokasi yang sama iaitu celah kangkang . Apakah aku yang bermasalah atau sebaliknya ?
Kelmarin aku ada beli dua pasang seluar di Al-Ikhsan Alamanda. Satu mahal dan satu lagi murah sedikit. Setelah aku guna dua dua , maka kesimpulan aku buat , biarlah aku kalah sedikit asalkan aku puashati ! Apa guna menang membeli tapi kalah memakai .. Pakai sekejap pastu rosak , kena beli lain .. sama dah harga beli yang mahal tapi masih tahan .. kan ?
Memang la bukan semua yang mahal tu bagus tapi sekurangnya byk yang mahal tu mmg setanding dengan harga .. Amik contoh lain kasut yang aku pakai dah laa .. Kasut tu aku g event .. Kasut tu aku g jalan jalan dan kasut tu gak aku guna g jogging ! Dan masih sangat elok dan nampak baru .
Aku tak suruh la korang beli yang mahal tapi sekurangnya sekarang aku nak beralih guna yang berkualiti walaupun terpaksa belanja lebih kerana tak tahan dah asyik nak membeli ! Bukan sebab jenama tapi sebab ada yang mula tamak !