Pergh.. setiap hari ada saja msg yang ditinggalkan khas untuk aku di FACEBOOK .. Macam macam ... Antara yang feveret mintak aku tolong tengokkan blog mereka .. Ok la tu kan.. Ada yang aku tengok , dan ada yang tak sempat ... Maaf yer .. Tunggu aku jadi blogger full time ..
Secara ringkasnya .. kebanyakkan blog yang aku masuk tu .. aiseyman.. maaf la yer .. ni entri ulangan ... patutnya aku bagi je link.. tapi aku tak nak bagi , kenapa ? Sbb aku kata dah .. ni blog SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI .. Apa yang korang baca adalah 90% direct dari aku secara langsung .. kecuali bila aku malas , maka aku bagi backlink entri lama je la .. heehhe.. tapi tu jarang jarang berlaku ..
Ok.. sambung eh .. Majoriti blog yang mintak aku masuk tengok mempunyai widget widget yang tak penting .. TOLONGLAH BUANG .. Tak berguna.. kesian kat kawan kawan yang guna broadband yang berbayar ikut volume cam aku ni haa... satu bit pon dikira tau.. kalau aku jahat , aku tak masuk blog blog baru ni.. wat abis bandwith aku jer .. tapi aku masuk la jugak .. Tu pon kena caci maki lagi.. Tak kisah la.. tugas gini mmg sering di caci maki... hehe.. Nanti ada gak tak puashati tu.. hahahaha.. macam macam ... G la cari kerja lain selain cari salah aku ni haa.. hahaha .. Dasat betul bayang bayang aku ni haa..
Sekali lagi ... Buat mereka yang ingin ramai pembaca di blog mereka ,
- TONJOLKAN BLOG anda di DEPAN MATA MEREKA !!
- Perbaiki blog anda dengan melihat contoh contoh blog yang dah maju ke hadapan ..
- Perbaiki mutu tulisan ... Biar standard dan mudah di fahami
- Elakkan mata pembaca dari buta seketika selepas membaca entri anda ..
- Masukkan 'perasaan' anda dalam penulisan anda .. Rujuk vlog aku bersama CIKGU SITI HAJAR di ruangan VLOG di atas ..
- Aiseyman.. Aku lupa dah seterusnya .. bini aku panggil makan daaa.. aku pon dah lapar .. nanti je la sambung eh... 5 tu dah cukup dah.. hehehhe..
Biar ada unsur komedi , seram , sedih , pengajaran dan sebagainya dalam blog kita .. Ingat , walaupun ini blog kita tapi blog kita punya pembaca yang terdiri dari pelbagai peringkat usia ..
Blog yang bagus adalah blog yang mampu memberi impak kepada pembacanya .. Bangun pagi dah terus cari blog tersebut untuk melihat cerita terkini .. Fikirkan bagaimana nak dapat gitu !