Wife kejut pagi ni. Ajak puasa bersama. Dia kena ganti puasa. Aku, lebih pada nak puasa sunat jer. Sahur , minum air halia ditambah madu dan telur setengah masak , 2 biji. Cukup ke ? Entahlah.. kalau dengan aktiviti aku ni, rasanya cukup jer. Lain la aku nak gi berladang mahupun bertani. Memang tak cukup ler.
Dulu aku tak faham bab bab kena kira kalori ni. Alhamdulillah , makin ramai doktor dan pakar nutrisi memberikan pandangan , infomasi dan maklumat berkenaan pemakanan dan kesihatan ni. Kita antara nak tak nak je ikut.
Alhamdulillah.. hari ni masuk hari ke 31 aku tak ambil nasi dalam diet harian aku. Aku makan apa ? Rutin aku mudah jer. Setiap pagi , air halia dicampur dengan chia seed dan hirisan lemon. Kemudian teruskan aktiviti pagi seperti biasa.Sejam lebih di gym... balik.
Bancuh air protein untuk pemulihan otot. Cenggitu lak yer ? Hahaha.. gitulah. Otot sangat penting bagi mereka yang dah berumur 30 tahun ke atas. Otot bukan nak menunjuk kita sado atau maskulin. Tu bonus tapi dari sudut kepentingan tubuh badan, otot sangat memainkan peranan penting. Sila dapatkan maklumat tentang ini yer. Hee..
Air protein aku mudah jer. Satu scoop whey protein ditambah dengan kurma sebijik dua , oats satu sudu dan satu sudu chia seed. Lepas minum , aku buat kerja kerja di rumah dulu sebelum makan telur setengah masak atau masakan yang wife dah sediakan seperti ikan bakar dan salad. Semua ni aku amik dalam jam 10 pagi ke atas.
Pastu teruskan kehidupan. Kalau lapar , aku cari epal hijau yang senantiasa ada di dapur. Memang stok kena ada. Bagus untuk mereka yang punya tekanan darah tinggi ni. Kalau lapar lagi ? Standby almond atau walnut dalam kereta. Makan 3-4 biji pun dah cukup. Bukan nak kena makan sampai sorok kat celah pipi kita tu pun. Huhuh..
Malam... aku buat telur goreng setengah masak. Aku tak tau nama dia dalam omputeh. Yang aku tau, aku masak bahagian bawah jer. Yang atas , aku masak skitt je ! Guna minyak zaitun atau minyak sawit. Fuh... kos eh ? Mahal nak jaga kesihatan. Tapi lagi mahal kalau sakit woo ! Kos nak ulang alik klinik atau hospital zaman sekarang ni , aduh.. boleh tepuk dahi !
Tu je la.. Sampai bila aku tak nak makan nasi ? Sampai aku rasa ada keperluan untuk memakannya. Hee.. gitulah ! Ramai rakan rakan dah mula ikut dan bagitau aku yang kesan positif mereka dapat. Bukan saja tidak lagi ketagihan pada gula malah lebih rasa sihat gitu.
Sapa kata kita wajib makan nasi sebab kita melayu ? Kita cuma wajib makan makanan yang sihat jer. Jauhkan makanan 'sampah' terutama untuk anak anak kita..