Hari ke 24 tanpa nasi. Muka nampak tua ?

by - Khamis, Februari 02, 2023


Puasa ari ni. Cadangnya , workout pun di rumah je ari ni. Kardio skit skit jer. Badan kena gerakkan dan otak kena tenang. Jangan stress stress ! Penting tu. Ada orang kata kemas rumah pun kira bersenam. Sebenarnya bersenam ni bukan saja mengerakkan seluruh tubuh badan  tapi otak pun kena tenang. 

Tamo pikir hal hal yang tak perlu fikir , buat sementara waktu. Kalau mengemas rumah, kita masih berfikir. Mulut pun tak henti membebel jer. Hahahaa.. Beza sebenarnya. Aku tak tau la korang camana.. tapi itu aku la. Sebab tu aku perlu bersenam dan gi gym. Dan di gym lak , ada kawan kawan sealiran dan boleh berbual sebentar tanpa perlu mengumpat orang lain. Borak situ situ.. abis situ situ ! Cenggitu. 

Muka nampak tua kata wife nombor 1 ! Yeke ? Sebenarnya kita dah terbiasa dengan tembam nampak manis. Heee.. Bila muka tu maskulin atau nampak bentuk , kira tak cute dah. Alasan diorang je tu untuk malas jaga badan ! Hahaha.. 

Kalau aku boleh mekap.. sah sah dah rupa artis KPOP atau KDRAMA. Diorang punya muka camana ? Haaa.. Semua runcing runcing ! Abis jadi kegilaan rakyat Malaysia. Cuba tembam... apa citer?? Haa.. sama je kan ? Hahaha.. 

Alhamdulillah.. hari ni masuk hari ke 24 aku tak sentuh nasi. Nasi je tau. Lain aku makan je tapi makanan berasaskan tepung gandum , makanan segera , yang manis.. semua aku tolak tepi ! Malam kalau lapar ? Sediakan buah oren. Makan buah oren je. Inshaallah cukup. Bagus makan malam buah oren ni. Inshaallah membantu juga pencernaan kita. 

Pastu kena  tidur awal. Lagi lambat tidur , lagi bermasalah. Nanti mula lapar dan badan pun tak cukup rehat. Dah la kena bangun awal. Sudah sudah la tengok Netflix tuu.. 

 


Banyak kelebihan bila buat gini. Anak anak pun ikut sama makan ala kadar. Takda dah nak berhidangan besar bagai. Makan dengan jumlah yang sedikit tapi mencukupi. Kita bukan perlu makan sampai penuh perut. Suku tu pun dah ok. Memadai sampai setengah hari tenaga kita. Pastu reload la balik. Cenggitulah aku buat. 

Selain dari kembali hensem bila tak makan nasi ni, aku dapati aku kurang 'bad mood' atau nak cepat naik angin. Maklumlah , tenaga cukup cukup je ada. Hahahaa.. Kenapa aku cakap gini ? Qhaliff tunjuk kertas ujian dia dan aku terkejut dengan keputusan dia dapat ! Tapi bila aku tengok soalan UASA tu, aku rasa aku pun leh pening ! Hahaha.. Nak tak nak , part ni aku kena serahkan pada kelas tambahan dia di RelyEdu tu.  Nasib baik dia ada belajar juga di situ. Kalau tidak , aku rasa dia lagi teruk kot. Tapi tak pe la..

InshaAllah tahun mendatang dia akan perbaiki. Dan kita sebagai ibu bapa kena berkorban sedikit la. Kalau tak da masa nak ajar , masukkan ke kelas tambahan di www.relyedu.com. InshaAllah.. membantu. Yang penting , lepas kelas tu kena la buat ulangkaji dengan kerap. Kan kan ? Dengan aku aku sekali kena belajar balik. Adeh..

Kelas dari tahun 3 hingga tahun 6 di RelyEdu

You May Also Like

2 comments

  1. betul tu..nak taknak kena hadap juga dengan sistem pendidikan sekarang

    BalasPadam
  2. Semoga terus berusaha ke arah lebih baik. Go go go untuk kesihatan..

    BalasPadam