Day 32 tak makan nasi ! Camana nak hilangkan ketagihan terhadap gula ?

by - Sabtu, Februari 11, 2023



Setiap pagi , bangun dari tidur.. aku minum air suam dulu. Pastu buatlah apa yang wajib dulu. Seterusnya part makan... pagi pagi , aku jarang nak makan berat. Aku cuma minum air halia dicampur madu dan chia seed. Sesekali , aku akan buat halia dengan beet root. Banyak sangat manfaatnya kalau kita rajin mencari infomasi. Kalau malas, sendiri rugi ! Jangan tunggu doktor bagi arahan baru nak mencari. 

Kalau korang nak tahu , aku ni memang kaki makan ! Kalau dulu, megi , makanan segera ni memang feveret. Malam malam boleh keluar gi Mekdi dan sebagainya. Cari beger , aiskrim.. nasi kandar atau KFC bagai.. tu memang wajib la ! Pastu kononnya esok boleh bakar kalori dengan gi gym !

Adoilah.. konsep ke laut dalam ! Nak hilangkan ketagihan ni bukan mudah. Nasib baiklah aku jumpa cara mudah. Alhamdulillah.. berjaya ! Malah aku berjaya juga buktikan yang tak makan nasi untuk satu jangka masa yang lama , memberikan kesan positif berbanding negatif ! Sangat banyak ! 

Dulu aku kuat minum kopi terutama 3 in 1 , Starbuck , Coffee Bean dan seangkatan dengannya. Terliur bila nampak simbol simbol ni bila berada di dalam mall. Tapi sekarang takda dah ! Terima kasih pada serbuk halia yang senantiasa jadi peneman aku ke mana saja. Aku bancuh panas panas dan minum. Sedap ! Tambah madu dan lemon, sempurna pagi aku ! Hahaha.. 

Kafein ? Hurm... tak pe la.. ada banyak lagi sumber kafein boleh aku dapatkan. Antaranya green tea ! Tak perlu nak masukkan gula dalam badan yang mana boleh memberi kesan buruk pada aku. Korang kalau ada masalah sendi sendi tu, cubalah buat macam aku. Nanti akan nampak perubahannya.. untuk jangka panjang !


You May Also Like

0 comments