Day 35 tak makan nasi !

by - Selasa, Februari 14, 2023



Hari ke 35 tak ambil nasi sebagai sajian utama dalam diet pemakanan harian aku dan aku berpuasa. Siap gi gym lagi.. Heee. Ramai tertanya tanya apa yang aku gantikan ? Er... Sebenarnya tak penting mana sangat pun nasi untuk aku sebab aku bukanlah mengunakan banyak tenaga dalam aktiviti seharian aku. Ini baru aku sedar dan faham ! Sebelum ni , aku balun nasi berpinggan pinggan pastu beranggapan akan gunakan sepenuhnya di gym. Adeh...walhal..

Melainkan jika aku bekerja di ladang, bendang atau sektor pembinaan yang memerlukan kudrat. Sesungguhnya aku perlukan banyak nasi ! Jika aku bekerja di dalam pejabat, buat apa nak nasi banyak banyak ? Segenggam pun dh banyak. Sebab itulah, lepas makan.. dalam pejabat jadi mengantuk ! Cuba korang tak amik nasi waktu makan tengahari ketika hari kerja. Maksud aku untuk mereka yang bekerja dalam pejabat.. duduk atas kerusi tu ! 

Aku bukan anti nasi tau ! Cuma sebelum ni aku tak faham sangat pasal NASI ni. Tak perlu banyak banyak pun sebenarnya. Tapi yang membuatkan kita nak amik banyak, sebabkan lauk pauk yang sedap sedap ! Ada sup.. ada sambal belacan.. ada budu.. ada ulam ! Pergh.. memang bertambah la jawabnya. Pas makan, terbaring kemalasan.. serupa ular sawa ! Tapi ular sawa makan protein ! Hahahaha.. kita ?

Tips untuk kawan kawan yang nak berubah.. bila makan , dahulukan fiber dan protein. Makan dulu buah, sayur pastu protein cam ikan , ayam , daging barulah amik nasi. Tak best ? Heee.. korang nak best sekarang atau kemudian hari ? 

Ikut nafsu... binasa ! Kos rawatan perubatan sekarang mahal dan nak ke buat temujanji berjumpa doktor atau .. boleh g makan di mana mana restoran atau gi travel dengan badan yang sihat ?

You May Also Like

2 comments

  1. betul tu..salah satu sebab nak menambah nasi tu sedap lauk sedap sangat. hahaha

    BalasPadam
  2. Ok kita mmg amalkan mkn buah dulu .. tq kongsi tips..

    BalasPadam