The Bentong Farm, tarikan menarik di Bentong pastinya bersama keluarga !

by - Selasa, Februari 07, 2023

Baru dibuka pada tahun 2023 dan pastinya bakal menjadi destinasi pelancongan dalam dan luar negara tidak lama lagi. Selain durian musang king yang menjadi sebutan ketika di Bentong , aku yakin The Bentong Farm mempunyai tarikan yang cukup istimewa bagi mereka yang cintakan haiwan. Lokasinya yang cukup strategik, mendamaikan pastinya akan membuatkan ramai jatuh cinta dan akan  ingin kembali berkunjung semula di sini. 

Apa yang menarik di sini ? Ok.. aku mulakan dari awal eh.. Hee.. Sewaktu kembali ke ibu kota dari Kelantan , aku melalui pekan Bentong ni. Memang aku suka singgah sini sebab akan berhenti solat di masjid sini. Selesa, bersih dan teratur masjidnya. Bila dapat tahu kat sini ada taman haiwan macam Farm In The City , Sri Kembangan dan di Menara KL tu, terus aku tanya anak anak. Diorang apa lagi.. menjerit kesukaan ler ! 

Tak jauh dari masjid tu pun. Rasanya dalam 3km ke dalam jer dari jalan besar. Tempat letak kereta untuk pengunjung pun banyak. Takda masalah. Tiket boleh beli terus kat sini atau secara online di SINI. Aku tak berani nak letak harga sebab kekadang ada harga promosi. Lebih baik tengok terus je di web mereka. 

 

Haiwan di sini boleh dikatakan semua jinak jinak belaka dan menariknya ialah kita boleh dapatkan maklumat terus mengenai haiwan tersebut dari kakitangan The Bentong Farm. Mereka akan ada di sekitar. Kita tanya je dan mereka akan berikan jawapan. Anak anak boleh bermain dengan haiwan yang jinak dan juga memberi makan pada mereka. Makanan seperti rumput , lobak disediakan. 

Selain binatang ternakan, ada juga tanaman seperti herba dan juga pokok buah buahan. Anak anak berpeluang melihat dengan lebih dekat tanaman tanaman jika mereka tidak ada kampung. Sian kan budak budak zaman skang. Abis semua tempat nak dijadikan bangunan ! Huhh.. 

Tak lama lagi , boleh mandi manda di sini dan juga menginap semalam dua mahupun buat perkhemahan ! Mereka masih dalam proses penambahbaikan untuk pastikan keselesaan buat pengunjung. Walaupun dah selesa , mereka masih nak kasi selesa ! Untuk info lanjut , korang boleh tengok di Facebook The Bentong Farm.

Alamat: The Bentong Farm Lot 6239-6241, Kampung Orang Asli Lebak,Batu, 3, Jalan Chamang, 28700 Bentong, Pahang


You May Also Like

1 comments