Nak sihat tapi...camana nak 'cut sugar' eh ?

by - Isnin, Februari 27, 2023

Ni yang sering aku dengar dari mulut kawan kawan. Mereka ada masalah nak berhenti atau kurangkan amik gula putih. Jika tak amik pun, mereka terlupa yang dalam makanan yang sering dibeli turut ada GULA. Huhu.. nak lagi naya , katanya.. bukan selalu ! 





Aku malas nak bertekak la bab ni. Kalau nak tau kita ni ada masalah dengan gula. boleh je tengok di bahagian perut kita dan juga muka. Jika membulat muka tu dan berlemak perut tu.. faham faham je la. Jangan main main la dengan GULA ni. Ada yang ingat kalau dah ada diabetis tu, amik ubat je la nanti ok.. Atau paling tidak pun, nanti diet la ! Hurmm... Kalaulah semudah itu. 

Dan perlu kita tahu la.. GULA ni bukan sekadar menyebabkan DIABETIS jer.. Macam macam penyakit akan mai lepak dalam tubuh badan kita. Aku nak sembang lebih pun, aku bukan doktor tapi Alhamdulillah.. aku berjaya buktikan.. 

Aku dah hentikan GULA dan juga ambil NASI PUTIH , buat seketika. Aku tak tau la sampai bila tapi selagi aku mampu jaga dan kawal, aku buat. Sehingga hari ni, aku dah 47 hari tak makan nasi. Aku ulangi... tak makan nasi tau ! Ada yang kata, bihun, keow teow aku makan. Sama la macam makan nasi,kan ? Yang sama part kalori tapi part GI tak sama. Sebab tu apa aku buat ni , berkesan ! Aku tak tau la orang lain tapi untuk aku.. nampak la kesannya. 

Camana nak 'cut sugar' ? Aku antara insan yang ketagihan kopi kopi manis ni. Gara gara selalu review produk kopi, aku jadi ketagihan. Huhu.. bukan salah produk tapi salah sendiri la tak boleh nak kawal. Sedap ! Heeee.. 

Maka apa yang aku buat ialah... aku gantikan kopi dengan air halia ! Siang , halia dengan beetroot, lemon atau madu dan chia seed. Manakala malam , halia saja atau dengan kunyit. Kalau lepas makan, aku minum halia panas jer. Tiada lagi kopi ! Dan ianya sangat berkesan. 

Alhamdulillah. Tapi kita kena la bersungguh sungguh buat. Jangan dah ok, terus langgar ! Nak langgar sekali sebulan tu ok la.. tapi jauhilah yang memudaratkan. Bukan apa.. nanti dah syok, payah nak stop ! 

You May Also Like

3 comments

  1. nak cut tapi pengaruh housemate yg kuat ajk mnum...katanya kongsi...=')

    BalasPadam
  2. aduiiih, rasa tertusuk sebiji apa yang dikatakan aben tu. Mingu depan start cut gula lah. Rasanya bila badan penuh ggula, asyik mengantuk jadi lemah

    BalasPadam
  3. hmmmmm... bleh try cut sugar.. tapi.. tulah... mcm nak... mcm susah...

    bankami.blogspot.com

    BalasPadam