Tak makan nasi ? Makan apa je ?

by - Khamis, Mac 02, 2023


Ramai tanya aku.. aku dah masuk hari ke 50 tak makan nasi. Apasal aku tak makan nasi ? Nasi bukan bersalah pun ! Hurm... Pastu ada yang persoalkan aku makan itu ini , kalori pun tinggi. Gula pun tinggi. Adeh.. Letih gak nak berbalah. 

Dia macam ni.. Aku makan apa saja yang REAL FOOD kecuali nasi. Kenapa nasi ? Sebab aku ni hantu nasi. Kalau dah makan nasi, aku tak boleh nak kawal nafsu makan. Nak kena sedap jer. Kalau makan nasi, kena ada ulam.. kena ada sambal.. kena ada lauk pauk ! Pastu bertambah. Bukan mudah nak kawal nafsu aku ni. Aku tak tau la orang lain tapi aku kenal diri aku. 

Jadi cara mudah aku... aku tak amik nasi.. buat sementara hinggalah aku rasa cam ada ke takda nasi, aku ok. Kalau ada, makan. Kalau takda, aku takda la tahap mengigil sampai sesetengah orang.. tak dapat nasi sehari, dia mengigil ! Wajib kena ada nasi. Cenggitu. 

Yang penting bagi aku ialah wajib ada fiber dan protein setiap hari. Ikut kemampuan masing masing la. Aku tahu ada bab harga barang sekarang ni mahal belaka. Ikut la kemampuan kita. Kalau rasa tak mampu, makan je nasi tapi dengan jumlah yang sedikit jer. Banyakkan sayur dan protein. Ulam dan telur rebus saja pun cantik dah. Pastu minum je air kosong. Tak perlu nak air manis bagai. Mudah ?

Sampai satu tahap aku boleh dah kawal nasfu makan, aku makan la skit skit. Sesuap dua sehari.. ok la kan ? Bukannya aku nak ikut style omputeh tu haa ! Lagi pun aku nak tolong kawan kawan yang ada masalah dengan GULA dan PEMAKANAN ni. Aku nak ajak mereka mengawal berat badan dan menjaga kesihatan dengan cara yang mudah dan tak membebankan. Aku nak buktikan boleh je hidup tanpa gula dan nasi. Dan bila makan, tak perlu sampai membusung perut tu ! 

Sekian.. 

Hahaha.. macam macam pendapat ada tapi baguslah.. ada yang prihatin. Terima kasih aku ucapkan. Aku suka.. ramai gak yang dah ikut tapi hati hati.. jangan terlalu drastik. Rileks rileks jer.  Yang penting elakkan makanan segera, makanan yang ultra proses .. sebulan sekali layan ok la. Kalau teringin sangat la. Cuma jauhi yang memudaratkan.  Maksud aku yang boleh beri impak pada organ dalaman kita. Ada banyak je video di Instagram dan Tiktok boleh korang tengok dan dapatkan maklumat. Jangan ikut bulat bulat. Akal ada, boleh fikir. Google ada , boleh cari.. Doktor ada, boleh tanya.. 

You May Also Like

0 comments