Layan movie di mmCineplexes @ MesaMall Nilai

by - Isnin, Mac 27, 2023

Dah lama tahu kewujudannya tapi aku masih segan nak pergi sini dan lebih selesa di Alamanda dan IOI Putrajaya. Tapi semalam , aku 'beranikan diri' ke sini sebab nak sangat layan John Wick Chapter 4. Diorang kata best sangat. Tu yang gi gak sorang sorang. Tak bawak anak anak sebab tak nak gangguan. Hahaha.. Lagi pun cerita ni ganas memanjang. Heee..

Lokasi , Mesa Mall Nilai. Tak jauh dari gym yang selalu aku pergi. Mall sini pun bagi aku best. Nak parking mudah. Nak percuma, parking je tepi jalan. Sendiri tanggung kalau apa apa jadi. Nak murah , masuk je dalam. RM1 jer. Cashless yer.. Nak guna valet pun boleh. Sejam , RM6 jer. 

Aku masuk.. dan parking kat atas. Pastu turun bawah guna lif. Masuk ke dalam mall. Dua bangunan berbeza yer tapi sebelah menyebelah. Mudah sangat. Jangan risau. Pastu nak ke level 3. Tadaaa.. tu mall dia !

Tiket boleh beli secara online atau beli kat kiosk situ jer. Jika beli secara online, sila print tiket kat situ. Mudah jer. Tempat duduk, selesa banget ! Hanya akan spoil bila ada malaun tak reti duduk diam dan tendang kerusi ko ! Tu berlaku pada aku semalam. Geram je nak sound tapi aku tak nak rosakkan mood aku nak layan movie. Aku pindah ke tempat duduk lain. Dah la mulut  dia busuk ! Nasib baik bawak face mask ! Aku tak rasa warga Malaysia. Bengap ! 




John Wick , Chapter 4
Kalau korang ikut dari awal,  pasti akan puashati dengan kesudahannya. Walaupun aku harapkan lain pada ending tapi aku tetap katakan best ! Sedih tapi ok la. Takda la macam cerita asyik hero je menang kan ! Haaa.. tu diaa ! 

Payah nak jumpa cerita best macam ni. Lakonan Keanu Reeves memang gempak seperti biasa la. Tenang dan bersahaja. 

Aku kasi 9/10 bintang.
 


You May Also Like

0 comments