Umur 27 vs 47 tahun !

by - Jumaat, Mac 31, 2023


 Bila sebut je aku umur 47 , terus panggil aku pakcik. Hahahaha.. Tak pe la. Kita kena akui kita semakin hari semakin berumur. Itulah realitinya tapi yang penting, jangan biarkan bentuk fizikal kita berubah menjadi seperti orang kehilangan punca ! Maksud aku, macam orang yang..hurm.. camana nak kata eh ? Macam tak ambil endah dah pasal bentuk badannya. Gitulah.. 

Kalau tanya aku la.. apa aku rasa ? Aku akan jawab di usia 47 ni aku jauh lebih sihat dari umur 27 ! Dulu walaupun aku rajin bersenam , aku gagal jaga pemakanan. Masa ni pun aku dah mula rasa  tak sihat bagai. Ada tekanan darah tinggi dek kerana tak jaga makan dan rehat. Selalu lepak malam.. makan makanan segera macam Megi , roti canai..nasi kandar dan macam macam lagi. Berpegang pada kata kata 'mereka', selagi kau gi gym bersenam.. kau makan je la apa kau nak makan ! Hurm..

Alhamdulillah.. walaupun aku 'lewat sedar' bab pemakanan ni , aku berjaya ubah. Apa yang aku rasa , jauh berbeza dari sebelum ini. Antara perbezaan yang ketara aku rasa ialah :
  • Tidak lagi sakit kepala bila bangun pagi
  • Mudah bangun pagi 
  • Badan jauh lebih ringan dan bertenaga
  • Mata lebih terang
  • Tak mudah serabut otak atau stress
  • Tekanan darah cantik bacaan 
  • Tidak mudah terliur  tengok makanan makanan viral terutama yang tidak berkhasiat dan mengemukkan
  • jimat duit 
  • belajar hargai makanan yang berkhasiat
  • badan jadi lebih slim dek kerana lemak banyak terbakar
Apa yang aku buat ? Mudah jer.. Buat masa ni , aku tak ambil nasi sebagai makanan utama. Makanan utama aku ialah protein seperti ayam , ikan , telur dan sayur sayuran. Ada yang tanya aku apa yang aku amik untuk ganti karbo ? Er.. kebanyakkan makanan yang di makan setiap hari ada kandungan karbo. Tak semestinya nasi jer. Cuba bezanya ialah jumlah kalorinya. 

Oh ya.. kalau korang jenis yang bekerja gunakan kalori yang tinggi.. maka makanlah nasi. Macam aku ni, penggunaan kalori tinggi ketika workout di gym jer. Selebihnya , banyak abiskan masa dengan urusan anak anak jer. Sebab itulah aku boleh tolak nasi. 

Aku tak ajak korang jangan makan nasi tau. Aku ajak korang jaga kesihatan dengan menolak makanan tak berkhasiat jer.. 

You May Also Like

2 comments

  1. Contoh baik ni ben, syabas! Terima kasih selalu berkongsi.

    BalasPadam
  2. Sama la. start bulan puasa ni dah berhenti makan nasi. Berat sungguh rasa dugaan ni. haha. Tp anggap tu bukan dugaan, tapi pilihan diri sendiri. Alhamdulillah berpuasa ok je. Xde la rasa mcm pengsan x cukup makan ponn. Dan banyak lg nak belajar pasal kesihatan diri ni. Nak bebaskan diri dr obesity. huhu. Doakan yeee.

    BalasPadam