Apa yang perlu dielakkan selepas berkhatan ?

by - Selasa, Mac 14, 2023

Teringat perbualan dengan seorang kenalan di gym , tahun lepas. Bukan orang Islam. Dia berkhatan sebab ada masalah dengan bebird dia. Doktor nasihatkan dia suruh berkhatan. Tapi ada masalah lepas tu. Kira macam bentan la. Dia tak pantang makan. Dia belasah je makan apa saja dia nak. Kesannya, 2 minggu pun belum sembuh sepenuhnya. Nyesal lak katanya dia tak pantang macam orang Melayu. Haha.. aku gelak je la. 

Qhaliff... berkhatan minggu lepas. Rabu. Sehari lagi genap seminggu. Semalam gi lawat doktor untuk kali ke 3. Kali ke 2, Jumaat lepas selepas beberapa hari berkhatan. Doktor nak tengok dan cuci. Sememangnya penting untuk pastikan takda jangkitan dan semuanya aku. Teringat aku masa berkhatan dulu. Yup ! Masa tu aku tak jaga sangat. Kesannya ? Lama weh nak sembuh ! Sebab tu la aku tak nak ianya berlaku pada Qhaliff. Tak pasal pasal aku kerap lawat doktor. Segan aii ! Hahaa.. 

Qhaliff takda masalah. Cuma ada kuping kuping keras kena buang. Memula kena lembutkan dengan berendam di dalam air garam pastu kena cabut. Yang nak kena cabut ni jadi masalah. Dia nak lembut lembut buat. Mau bongkok tiga aku jadinya kalau gitu. 

Kalau dia buat sendiri ? Heeee.. mana mungkin. Memang slow la jadinya. Tu pasal aku bawak je ke doktor. Selesai masalah. Cuma selesainya kat aku la. Kat dia ? Jadi drama la dalam klinik tu. Pakat meraung la dia sakit. Yelah , kuping tu melekat kat daging kan. Dia ni lak jarang luka sana sini. Tu pasal skit luka pun dah meraung. Berdrama la gak dalam tu. 




Keluar dari klinik.. dia pandang aku.. " I hate u , daddy ! " . Aku gelak. Aku kata kat dia.. " Qhaliff, daddy dah lalui. Pasni dah ok. Skit je sakit. " Geleng kepala dia. Pastu ok dah. Takda nak marah marah dah kat aku. Balik rumah , aku rendam dia dalam besen air garam. Doktor suruh untuk hilangkan air bisa yang meleleh keluar. Tak perlu sapu ubat dah. Biar dia kering sendiri.

Haa... sebelum dia berkhatan tu , aku elakkan dia dari makan menda menda manis. Tiada jajan , tiada gula gula , tiada aiskrim. Begitu juga ketika dalam pantang. Makanan berminyak pun tak kasi kat dia. Aku tak tau la apa alasannya tapi gitulah orang dulu dulu buat. Cuma aku tak kasi la ikan haruan untuk dia makan. Mana maunya dia nak makan. Nanti aku yang makan semua tu. Hahahaa.. 

Banyakkan makan protein ketika proses penyembuhan. Kasi ayam , ikan dan sesekali telur setengah masak. 

Itu je la. Nasib baik dia amik kelas tuisyen online. Belajar di rumah jer. Kalau tak , rugi jer. Tak leh gi kelas.. Huhu.. Oh ya, Flyhigh Training Centre dan Rely dibuka pengambilan untuk pelajar baru. Cepat masukkan anak anak korang yang perlukan ilmu tu. Kat sekolah nanti, diaorang tau banyak dah. Senang.. takda la terkial kial. Inshaallah.. 
 






 

You May Also Like

1 comments

  1. betul tu..masa nak buang kuping-kuping tu la seksa sikit. risau kalau tak kering betul nanti berdarah balik sebab ia lekat sekali.

    BalasPadam