Menu Iftar Nasi Ayam Mafia , Sepang : Berbuka atau delivery jer !

by - Khamis, Mac 23, 2023

Setiap kali aku ajak anak anak makan kat Nasi Ayam Mafia , diorang suka ! Sup kaki ayam dan ayam bakar kegemaran diorang. Aku pun suka ayam bakar dan ayam goreng diorang. Dan yang paling aku suka konsep boleh tambah ulam , sambal , sup dan air minum. 

Alhamdulillah, kali ni mereka buat menu Iftar di restoran mereka. Sebelum ni , takda. Mungkin atas permintaan ramai yang sukakan makanan mereka termasuk aku. Kalau wife tak sempat masak , memang ke sini je la kami anak beranak.

Apa yang menarik di sini kali ni ? Kelmarin aku dah rasa Nasi Arab Talam Mafia , Sup Tulang Merah Temasek dan Roti John. Air LaiChi Kang.. Alhamdulillah , memang padu ! Berbaloi la kata orang. Oh ya, surau dan tandas disediakan. Bersih. Tempat letak kereta disediakan. Percuma. Heee... Tak perlu guna Touch n Go. 

Korang ada 3 pilihan. Pertama ,dine in atau berbuka di sini. Kedua , take away dan ketiga, delivery terus ke tempat korang.. rumah atau pejabat. Waktu operasi ketika Ramadan ni , bermula 12 tengahari hingga 10 malam. 












NASI AYAM MAFIA

Lokasi : Jalan Salak Jenderam , Bandar Baru Salak Tinggi 

Tel : +60122324163

Order online : https://mafia.beepit.com

Diskaun 5 % jika guna kod : MAFIABEN 

* * Diskaun boleh digunakan untuk take-away or delivery or makan kat kedai. Pastikan guna BEEP**

You May Also Like

0 comments