Boleh ke bersenam di bulan Ramadan ?

by - Ahad, Mac 26, 2023

Alhamdulillah.. Hari ni dah masuk 4 Ramadan . Aku masih ke gym di sebelah awal pagi. Jam 8 pagi aku gi. Workout seperti biasa. Sama rutin iaitu full body workout. Satu badan aku fokus hingga tak bermaya ! Hahahaa... Melimpah ruah peluh. 

Tak dahaga ke ?

Tak penat ke ?

Tipu la kalau tak penat.. Dahaga tu , aku boleh tahan. Cuma dia tak la terlalu dahaga seperti sebelum sebelum ni kerana masa bersahur tu, aku minum air halia dicampur dengan chia seed. Ada kelebihan bila amalkan ni di awal pagi. Pastu aku minum whey protein dan telur setengah masak. Memang banyak la tenaga untuk aku abiskan sehingga petang hari. 

Aktiviti harian aku sama je dengan bulan lain. Ambil antar anak di sekolah. Buat kerja di rumah. Aku dah kurang kerja luar sekarang ni. Aku tak nak orang lain uruskan anak anak sekolah. Selagi aku mampu buat , aku buat. Dan pada masa yang sama, aku cari nafkah untuk keluarga. 

Nasi.. aku dah memang tak boleh nak masuk dah. Baru baru ni , aku cuba sesuap.. aku jadi pening kepala ! Terus aku makan banyak banyak sayur dan ayam. Lega balik rasa tekak. Huhuhu.. Sumber karbo lain, aku takda masalah nak telan. Ubi, bihun ke.. aku amik dalam kuantiti yang kecil jer. 


Semalam tapau makanan di Nasi Ayam Mafia 

Ini yang paling ketara aku rasa bila aku 'Stop Makan Nasi'. Dah lebih 60 hari dah. Berat badan turun , tekanan darah cantik.. dan segala masalah aku seperti gambar di bawah ni , dah berkurangan sangat. Aku tak nak claim dah takda tapi aku boleh berworkout dengan gembiranya. Aku buat HIIT , jump rope, tanpa ada rasa sakit kaki dah. Sebelum ni, akan bengkak di lutut selepas workout.. aku terpaksa letak ais untuk surutkan. Tapi sekarang , takda. 

Paling best, tenaga dalaman lain macam. Macam banyak jer walaupun orang kata aku macam sakit ! Hehehee... Ada kawan ingat aku kena diabesti. Alhamdulillah.. sebelum ni , mata aku makin kelabu tapi dah kembali cerah.


Sebelum ' Tak Makan Nasi' 

Hari ni

Bersenam di bulan puasa sebenarnya menguji kemampuan fizikal kita. Dan pada yang sama kita mengajar tubuh kita  yang kita perlukan makanan untuk hidup jer.. Bukan hidup untuk makan ! Aku tak kisah nak mencari makanan atau meredah bazaar untuk menikmati makanan yang sedap sedap. Aku suka tapi cukup cukuplah... Sesekali layan , itulah nikmat ! Hari hari layan , mencari bala namanya. Bukan Balasundram yer.. Bala pada badan kita ! 

You May Also Like

0 comments