Rekod ' Tak makan nasi' berakhir di hari ke 65 !

by - Khamis, Mac 23, 2023

Nasi Arab Talam sedap 

Banyak food review aku terpaksa tolak tahun ni.  Kenapa ? Yelah... camana aku nak review kalau aku tak makan nasi? Kebanyakkanya mesti ada nasi dan juga makanan yang tinggi karbohidrat. Takkan aku nak berpura pura kata sedap ! Huhh...tak reti aku aih ! Walaupun aku boleh kata lauk pauk sedap tapi korang pun sedia maklum , segalanya perlu 'disatukan' dengan nasi , baru boleh kata PADU ! Begitu juga jika makanan tu terdiri dari makanan yang digoreng dan makanan segera. Hurm... 

Aku bukanlah spesis yang beria sangat nak jaga badan atau kesihatan. Takda la tahap gitu tapi aku jenis alang alang buat, jangan langgar ! Haaa.. cenggitu ! Sekali langgar, aku langgar abis. Tak reti nak sekejap on.. sekejap off. Aku pun bukan spesis yang boleh makan skit skit. Sekali dah makan.. hurm.. ke laut dalam aku jadinya. 

Tapi Alhamdulillah.. 65 hari aku tak makan nasi, aku berjaya disiplinkan diri. Semalam aku gi Nasi Ayam Mafia untuk buat review mudah menu iftar mereka. Aku nak sebab aku  tahu masakan diorang memang sedap dan berbaloi untuk aku makan. Banyak protein dan fiber ! Heee... Karbo pun banyak tapi aku boleh tolak tepi yang tu... 





Nasi Arab... hidangan utama mereka kali ni. Awalnya , aku tengok je la dan suapkan anak anak. Tapi lama kelamaan , teringin mula menjengok pintu hati. Takkan nak tengok je ? Camana aku nak bagitau pada rakan rakan di media sosial yang nasi arab diorang ni sedap? Tak adillah kata SEDAP walhal aku tak rasa pun. Berdasarkan pendapat dari wife aku ? Hurmmm..

Nak tak nak.. aku cuba gak. Aku cuba sesuap makan jer. Dan ternyata memang sedap ! Ayam bakar dia pun.. fuh.. lembut ! Dan berkat disiplin aku tu, aku makan nasi sekali tu je la. Pastu rasa Roti John dia. Memang penuh la dengan inti dan telur. Bukan roti semata mata.. Tang Roti John ni pun aku tewas. Aku memang suka makan dua dua ni. Hahaha.. tak pe la. Semalam jer aku makan. Hari ni , aku mulakan balik apa yang aku buat...

Day 0 Tanpa Nasi ! Selepas aku makan nasi.. perut terus rasa penuh sangat ! Campur minum teh o ais dia yang sedap ! Hahaha.. Air Laichi Kang dan Cendol diorang pun memang berbaloi baloi... Arghh.. korang yang tinggal area Sepang/Putrajaya/Nilai , memang wajib try la berbuka kat sini. Lokasi pun mesra alam. Mendamaikan ! 

You May Also Like

0 comments