Ajar anak anak bahaya GULA dalam pemakanan !

by - Isnin, Mac 27, 2023

Dulu kalau masuk pasaraya, mesti akan abis berpuluh ringgit membeli barangan makanan yang khas untuk anak anak. Contoh seperti biskut-biskut , roti berkrim , air minuman dan juga gula gula. Tapi dalam tak sedar sebenarnya aku berikan mereka 'racun' jangka panjang. Astaghfirullah al azim ! 

Perasan atau tidak , anak anak kita bila jatuh sakit.. diorang ambil masa nak sembuh. Dah kasi pelbagai jenis ubat tapi aduhai..sian la ! Anak anak aku pun gitu la masa diorang kecik dulu. Selsema , batuk tiap minggu. Kos perubatan, jangan cerita la. Sekali pergi , mau terbang RM60. Makin mahal. 

Dan aku perasan.. Qhaliff dan Zahra mula naik perut ! Buncit bila pakai baju. Badan kurus tapi membuncit ! Apasal jadi macam tu ??? Aku renung renung kembali diet pemakanan diorang , aku rasa aku tau punca. 

Selepas aku 'tersedar' selepas wife aku jatuh sakit tu la aku ajak keluarga berubah. Bacaan infomasi di media sosial banyak memberi impak pada aku. Akhirnya aku sedar segalanya bermula dari GULA ! Ya, gula dalam pemakanan dan minuman itulah boleh dikatakan menjadi punca kepada segala jenis penyakit. 







Apa yang aku buat ialah... hentikan pembelian barangan yang mengandungi tinggi gula. Tiada lagi susu susu kotak , kopi manis , biskut biskut dan juga gula gula. Makanan segera macam Maggie tu lagi laa ! Dulu seminggu sekali layan la jugak kami tapi sekarang.. nope ! 

Setiap malam sebelum tidur, aku dan anak anak akan layan video video mengenai bahayanya makanan makanan yang mengandungi gula tambahan ni. Bermula dari gula putih kemudian gula dalam bentuk nama lain. 

Antara nama-nama gula yang mungkin kita tidak tahu adalah seperti Florida Crystal, Corn Syrup solids, dehydrated cane juice, barley malt, treacle, mannitol,ethyl maltol, fruit juice, diastatic malt, fructose, carob syrup, malt sugar, sucrose, cane sugar, sirap, caramel, honey, gula kabung, icing dan banyak lagi jika tidak dikawal pengambilannya... hurm..

Semalam, di Aeon Nilai.. aku dan anak anak buat pembandingan GULA dalam minuman yang kami pernah minum dulu. Contoh seperti susu kotak , air manis yang kononnya memberikan khasiat seperti vitamin C , air gas yang mereka teringin nak minum dan sebagainya.. 

AllahuAkhbar... setiap minuman tu , kandungan gula cukup menakutkan ! Maka tak hairanlah perut anak anak memboroi ! Berlemak sana sini memasing. Dan mudah jatuh sakit ! 

Alhamdulillah... mereka tak lagi membeli air air minuman gitu. Tidak berminat dah ! Di rumah , mereka cuma minum air halia dicampur madu tualang , air nabeez dan air kosong jer. Kalau makan di luar saja la baru diorang merasa minum air manis seperti teh o ais , milo ais. Tu pun diorang dah rasa manis sangat. Maka takkan abis la bila minum. 
 

You May Also Like

0 comments