Selesai membeli pakaian persekolahan anak anak di Pusat Pakaian Hari Hari !

by - Khamis, Mac 02, 2023


Dari sehari ke sehari nak gi Pusat Pakaian Hari Hari ni yang teletak berhampiran Giant Nilai. Senang gi beli sini sebab semua ada. Dari kaki hingga kepala. Dari sekolah biasa hinggalah ke KAFA. Mudah. Tak perlu nak lari sana sini. Cuma antara stok ada atau dah abis je. Tu pasal kena gi awal sebelum hujung waktu. Huhuh.. 

Qhaliff dan Zahra , takda masalah. Pakaian lama diorang pun masih cantik dan boleh digunakan. Cuma seluar Qhaliff tu kena beli baru sebab dia makin meninggi. Zahra pun gitu gak. Beli seorang dua pasang gitulah. Cuma Aariz yang dah masuk tahun 1 ni la kena banyak skit. Ditambah dia lak akan ke KAFA. Abang dan kakak dia tak masuk. Maklumlah , masa tu kan COVID 19. Sian diorang... nasib boleh belajar online jer. Tambah tambah ilmu gitu.. 

Kenapa aku memilih sini ? Paling penting bagi aku ketika nak membeli ialah.. SELESA dengan tempat dan juga pekerja yang ramah serta pantas membantu. Muka kalau ketat , memang aku takkan masuk kedai tu. Ruangan dalam yang selesa untuk bergerak pun penting. Ni asyik kena reverse atau u turn dalam tu, penat gak. Boleh hilang mood nak mencari barang.. kan kan ?

Dalam sejam, selesai semua. Mengejar masa untuk berbuka puasa lak. Tu yang laju jer. Kalau tersilap size, boleh je tukar walaupun lepas beli. Tu yang bagus.. kan ?


Siap ! Balik rumah.. test pakai baju. Seronok dia ! Tak sabar la pulak nak ke sekolah dia. Adeh.. daddy kena kuatkan mental dan fizikal sebab nak bertugas dari awal pagi hingga ke petang hari. Berat tugas walaupun orang kata best la jadi suri rumah ! Huhhh.. Suri rumah zaman ni kena cari duit gak weh ! Bukan duduk je layan drama kat Netflix !

Amacam ? Kemas kan nampak ? Haa.. terletak je baju , seluar dan juga songkok tu. Harga RAHMAH je tu. Alhamdulillah... 

Kalau korang tak sempat nak gi beli kat kedai , boleh je beli secara online di laman web ehari ni. Diorang ada lancarkan kempen: 10% diskaun untuk semua barangan sekolah yang berharga Rm10 dan keatas. Tempoh Kempen Kembali ke Sekolah (Back to School Campaign) dari sekarang sehingga 31 March 2022,  (Discount 10% only for ONLINE ).

Kalau nak beli di Shopee pun ada! Cari kedai: harihari. Juga ada 10% diskaun. Dan 5% discount kepada
NEW FOLLOWER (min purchase RM50).

Selesai baju sekolah.. kita leh fokus baju raya lak ! Alhamdulillah..

You May Also Like

0 comments