Antara Pantai Batu Buruk , Batu Ferengghi dan Pasir Bogak.. mana cantik ?

by - Isnin, Mac 06, 2023

Batu Ferengghi , Pulau Pinang

Pantai Batu Buruk, Terengganu

Pasir Bogak, Pulau Pangkor

Alhamdulillah.. dalam cuti sekolah ni , aku sempat la berjalan jalan dengan anak anak. Bukan cuti cuti Malaysia tapi semuanya ada urusan penting tapi sempatlah abiskan masa dengan bersantai di tepian pantai. 


Untung rakyat Malaysia punya pantai yang cantik cantik. Tapi sayangnya... sayang seribu kali sayang ! Ada je manusia manusia yang tak reti nak jaga keindahan pantai dengan membuang sampah di merata rata tempat. Pandai makan , bungkusan dibiarkan kat situ jer. Walhal ada je tong sampah berhampiran. Sedih tengok. 

Pastu ada pulak sampah sampah dari lautan, 'mendarat' di tepi pantai. Bukan sedikit.. Banyak ! Plastik plastik yang dah berkurun tak dikutip ! Aku cam nak jer ajak pengunjung pengunjung bergotong royong kutip sampah sarap pada waktu tu gak. Tapi apakan daya. Kang diorang kata aku poyo lak ! Maka aku kutip je yang berhampiran dengan aku. 

Ok..Kembali ke tajuk entri aku kali ni.. Kalau korang tanya aku, ke mana aku nak gi bercuti lagi jika berpeluang nak bawa anak anak... Hee... Antara ke ketiga tiga pantai tu, pilihan pertama aku ialah Batu Ferengghi. Kenapa situ ? Satu.. banyak pilihan tempat penginapan. Kedua, mudah nak cari tempat makan. Kalau korang kaki explore , seronok la ! Ketiga , pantai bersih dan udara pun best ! Cuma panasnya membahang la. Heee... 

Kedua.. Pulau Pangkor. Sejujurnya awal awal nak ke sini aku risau. Takut hujan lebat dan risau naik feri dengan anak anak tapi rupanya, tak sampai 10 minit pon dalam feri.. Jadual feri pun kerap je. Takda masalah. Nak beli tiket tu je agak rumit. Nak mudah , beli secara online. Boleh je beli kat teminal tapi sedikit rumit. Mula mula kena keyin dulu data peribadi di komputer. Ini untuk keselamatan penumpang feri. Pastu dapatkan nombor dan terus ke kaunter untuk pembayaran. Murah je tiket. 

Di Pangkor, ada teksi ( van pink ). Tambang sekitar RM20. Kalau nak sewa motor atau kereta pun boleh. Leh jenjalanan cari tempat makan yang best ! Boleh cuba laksa Pangkor dan cucur ikan. Sedap woo ! Cuma kena hati hati la. Ada tempat yang tak patut korang singgah makan. Boleh kena 'sembelih'. Tanya la penduduk situ tempat mana best untuk singgah makan. 

Pantai Batu Buruk... Aku lebih suka pantai di Dungun. Sana lagi cantik dan bersih berbanding Pantai Batu Buruk. Hotel... Paya Bunga lebih ok dari hotel yang aku baru nginap, baru baru ni.. Hee... Dan kalau boleh laa.. pihak hotel berhampiran pantai tu.. rajin rajin la buat gotong royong bersihkan tepian pantai. Tu je la aku nak kata.. Best, best dah. tapi tu la... 

Sekian.. jangan sentap lak ! Ikhlas ni... Hee..

You May Also Like

1 comments

  1. Setuju tu di Batu Feringgi memang banyak tempat penginapan untuk dipilih food pun mudah dapat

    BalasPadam