Pati Oxymel Khal Sakan Jabin , minuman kesihatan untuk mereka yang ada masalah perut !

by - Selasa, Mac 28, 2023



Semakin ramai penduduk di Malaysia ni, ada masalah dengan perut. Segalanya berpunca dari gaya hidup harian yang diamalkan ketika muda dulu. Kesannya, bila dah lebih 30an barulah nampak. Walaupun 'alarm' dah berbunyi, ada yang leka. Pandang remeh ! Kononnya itu sementara jer. Tapi bila dah teruk, baru mengelupur nak ke hospital. Dan di hospital, doktor cakap ianya cumalah.. 

Gitulah yang dialami oleh aku dan isteri pada tahun lalu. Dia kena gastrik teruk dan aku pula , ada anxiety dan rajin pedih ulu. Bila sebut penyakit penyakit ni, korang pun salah satu punca dari perut yakni pemakanan yang tinggi gula hingga merosakkan usus dan perut. 

Pelbagai ubat ada di luar sana. Tapi segalanya tak menjaminkan kesembuhan melainkan kita sendiri mengubahnya. Namun kita perlu juga ubat perut tu terlebih dahulu dan pada masa yang sama , ubah diet pemakanan kita. Dah banyak makanan dan minuman perlu dielakkan untuk pastikan penyakit tidak berulang. 

Antara yang disyorkan adalah cuma epal dan juga cuka kurma ! Ada banyak lagi tapi ni yang paling mudah untuk diamalkan. Tak susah pun. Ada banyak jual di pasaraya mahupun secara online. Cuma mampu telan atau tidak ! Tu je jadi persoalan. 

Aku pernah guna cuka epal. Tapi agak keras di tekak. Di dalam perut pun terasa sedikit panas gitu. Huhhu.. Tu mungkin kesan awalan tapi ada yang tak mampu nak harungi kesan tu. Dan baru baru ni , ada la aku tengok satu video mengenai kebaikan cuka ni.. katanya antara cuka epal dan cuka kurma, dia syorkan cuka kurma ! Bezanya cuka kurma lebih tinggi dengan zat besi dan kurang berasid. Rasa pun lebih sedap. Boleh tambah dalam masakan.

Dan sekarang aku minum Pati Oxymel Khal Sakan Jabin ni. Minuman kesihatan ni amat bagus untuk tubuh badan kita. Kena amalkan hari hari , barulah dapat manfaatnya. Sesekali pun ok la kalau nak berjimat cermat. Heee.. 



Oxymel merupakan sejenis ramuan herba turun temurun sejak zaman dulu. Khal pula adalah perahan buah-buahan terpilih yang akan diperap bagi menghasilkan cuka. Manakala sakan jabin adalah ramuan yang diajarkan oleh Ibnu Sina untuk kesihatan. Kami gabungkan ketiga-tiga ramuan ini yang bersumberkan kitab Tibb Ibnu Sina dan kitab Tibb Syeikh Wan Ahmad Al Fathoni lalu terhasil lah apa yang dinamakan sebagai "Pati Oxymel Khal Sakan Jabin" ini.

Apakah kelebihannya ? Pati Oxymel Khal Sakan Jabin ni tiada penggunaan bahan kimia , tidak sama sekali menggunakan bahan pengawet mahupun gula apatah lagi perisa dan juga tiada sebarang pewarna tambahan yang mana kita tahu, ianya tidak elok untuk tubuh badan kita. Hanya bahan bahan natural sahaja. Maka sebab itulah ianya bagus untuk dalaman kita terutamanya perut. 

Apakah kebaikkannya ? Pastinya bila diamalkan pati Oxymel setiap hari , imuniti tubuh badan dapat dipertingkatkan , mereka yang ada masalah seperti gastrik , gastritis dan gerd , inshaallah dapat merasakan perbezaannya yang ketara , melancarkan peredaran darah dalam tubuh , menurunkan kadar kolestrol , menghilangkan ketagihan gula, menurunkan berat badan , memulihkan sakit ulu hati , membuang angin dalam badan , menormalkan pH dalam perut 

Selain itu , mereka yang mempunyai masalah sakit dada , sesak nafas akibat gerd juga bagus amalkan pati ini. Bagus untuk menghilangkan rasa tidak selesa perut dan badan. Mereka yang susah tidur malam pun digalakkan amalkan pati ni. Kena minum hari hari , baru dapat manfaatnya. 

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Pati Oxymel Khal Sakan Jabin ni terdiri dari cuka kurma ajwa , madu tualang hutan , perahan bawang putih , perahan lemon dan perahan halia. Halal , suci lagi bersih. Segalanya dibuat sendiri. Buatan tangan dan perapan sendiri. InshaAllah.

Cara cara pengunaan :

1. Bagi yang ada masalah gastrik / gerd, sila ambil 5 sudu besar khal dan dicampurkan ke dalam segelas air. Tambahkan satu sudu madu asli. Kemudian campurkan air suam dan minum 2x sehari, sekali sebelum sarapan pagi dan sekali sebelum makan malam. Amalkan setiap hari sehingga masalah gastrik sembuh, kemudian boleh kurangkan kepada 2 sudu besar sehari. Sila amalkan pantang, jangan makan gula, tepung dan susu tin / kotak / lembu. Susu kambing sahaja dibenarkan. Amalkan khal bersama pantang sehingga gastrik anda sembuh.

2. Untuk menurunkan kolestrol. Sila minum dua sudu besar khal tanpa dicampurkan air atau apa-apa campuran lain. Minum terus 3 sudu besar khal setiap kali selepas sarapan dan selepas makan malam.

3. Untuk penjagaan kesihatan. Sila ambil 2 sudu besar dicampurkan segelas air suam dan setengah sudu madu (apa-apa jenis dibolehkan). Minum 1x sehari sebelum sarapan pagi. Untuk penjagaan kesihatan ibu mengandung. Ambil setengah sudu khal dicampur air suam dan madu, minum sebelum sarapan. Sekali sehari sahaja.

4. Untuk kanak-kanak. Hanya usia 4 tahun ke atas sahaja. Ambil setengah sudu sahaja sehari mengikut kesesuaian kanak-kanak tersebut.

Lepas guna . simpan pada tempat suhu bilik. Elakkan daripada haba panas dan cahaya matahari. Tidak perlu disimpan dalam peti ais. Tiada tempoh luput yer.

Boleh dapatkan di : https://shope.ee/8KIJZ9eplY

You May Also Like

8 comments

  1. Betul tu Aben! Bagus cuka kurma nih! Nina pun dah amalkan Oxymel ni, memang berkesan elakkan sakit perut ketika berpuasa

    BalasPadam
  2. Baru tahu sakan jabin tu memhikut ajaran ibnu sina . Mesti bagus produk nih

    BalasPadam
  3. Cx pon consume cuka kurma oxymel ni. Badan rasa ringan je. Perut pon selesa. Dahlah rasa dia sedap. Suka suka suka

    BalasPadam
  4. Haaa pasal kaulah aku ni terpengaruh nak cuba cuka kurma ni lepas ko kongsi video khasiat cuka kurma berbanding cuka epal. Terima kasih selalu kongsi benda bagus2.

    BalasPadam
  5. Sepanjang bulan puasa ni juju amal setiap kali waktu sahur tanpa jamah nasi, perghhhh padu rasa badan. Tak mudah mengantuk dan perut tak meragam.

    BalasPadam
  6. Bagus cuka kurma ni .. badan jadi segar dan bertenaga sejak amalkan produk ni ..

    BalasPadam
  7. Banyak kelebihan cuka kurma ni. Nad pun minum ni tau abang ben

    BalasPadam
  8. best rasa dia ada masam masam sikit. and sedap. lega perut sebu n kembung leh keluar angin2

    BalasPadam