Takda mood katanya nak belajar !

by - Ahad, Mac 12, 2023


Cabaran sungguh budak budak zaman sekarang. Diorang ni pandai , memang pandai. Bijak memang bijak. Tapi ujian untuk diorang di zaman ni bukan calang calang. Sangat mencabar. Berbeza dengan zaman aku dulu yang lebih tertarik nak pergi bermain dengan kawan kawan di luar rumah. Anak anak sekarang.. tak keluar rumah pon tak pe asalkan.. hurm. Korang pun tau apa dia... kan ?

Gajet satu hal. Kandungan dalam tu satu hal lagi ! Pastu kalau tak kasi gajet , kat tv juga satu hal. Pemantauan rangkaian tv berbayar , takda halangan. Bebas ! Hancur anak anak zaman ni. Kita nak kawal , setakat mana je ? Apa yang boleh buat ialah, berikan pendedahan , didikan dan infomasi infomasi yang mana ringkas tapi mereka faham betul betul. Tak boleh nak kata , ini tak boleh.. itu tak boleh. Kena kasi tau sebab dan mengapa ! 

Aku pulak.. nak anak anak belajar bukan sekadar nak lulus dengan cemerlang tapi nak mereka jadi manusia berguna. Jangan hidup dengan menipu orang. Jangan memperdayakan masyarakat ! Jangan gunakan ilmu untuk kepentingan diri ! Manfaatkan untuk keluarga, agama , bangsa dan negara ! Kita nampak sekarang.. ramai je orang berilmu jadi pembohong ! Jadi penipu. Dulu masa belajar, cemerlang.. bila dah berjaya , kerja membohong orang lain. Nampak cerdik tapi rupanya penyangak bangsa ! Tamo tamo tamo... 

Punca anak anak zaman sekarang takda mood nak belajar sebab fokus mak ayah nak mereka lulus dengan cemerlang pastu masuk sekolah bagus bagus ! Tujuan , nak mereka berjaya ! Hurm... Maka tak hairanlah ada yang berjaya tapi mereka stress dalam diam. Memberontak di belakang mak ayah. Tu cukup merbahaya.

 

Aku... masukkan anak anak ke kelas tambahan. Belajar secara online depan mata. Aku pun boleh belajar sama. Ilmu tu ! Banyak dah yang aku dah lupa. Banyak sangat ! Tambahan pula, cikgu cikgu yang mengajar bukan calang calang. Mereka pun bukan sekadar fokus pada pelajaran semata mata.. sahsiah diri... adab... semua ada ! Boleh berinteraksi terus dengan cikgu jika ada masalah dan soalan. Lagi mudah. Kalau gi kelas tuisyen, ada gak yang main main. Bayar bukan murah dah sekarang ni.. 

Aku masukkan dalam Flyhigh Education Centre dan juga RelyEdu. Zahra , tahun 3 dan Qhaliff , tahun 5. Aariz , tahun 1 pon boleh dah belajar skit skit dengan kakak dia. Bagus ke tak kelas ni ? Qhaliff dah join sejak 2021. Banyak perubahan dia. Lemah Matematik sebelum ni. Begitu juga dengan Bahasa Melayu. Alhamdulillah, dia semakin membaiki kelemahan. Bagi aku, asalkan ada perubahan positif ok dah. Yang aku nak , dia faham dan berguna untuk dia. Bukan nak A jer ! 


Target 2023 ni , 3 orang anak yang bersekolah.. mampu memahami erti kehidupan. Kenapa dan mengapa. Jangan jadi pak turut. Jangan sekadar belajar. Bertanya dan fahami. Jangan diperbodohkan orang dan juga memperbodohkan orang lain. Yer, dalam kelas online ni, cikgu cikgu ada ajar secara tidak langsung. Itu yang aku suka.. Terbaik ! 

Apa guna cari duit banyak banyak.. Kalau tak berkemampuan tapi nak join juga, korang boleh terus pm mereka jer. Inshaallah, akan dibantu. 

 Whatsapp ke : Wasap.my/60105433732 

You May Also Like

0 comments