Kasut sekolah Pallas untuk anak anak yang aktif inginkan keselesaan.

by - Jumaat, Mac 03, 2023

" Terima kasih daddy belikan kasut Pallas ni ! Selesa sangat.Rasa lega kaki Qhaliff " ucapan dia selepas sampai di rumah. Aku senyum. Terima kasih Pallas ! Aku faham sangat camana rasa kalau kaki kita selesa. Kasut yang selesa sangatlah penting jika kita perlu memakainya lebih dah sejam. Jika tak selesa, memang akan memberi kesan negatif pada emosi dan fizikal kita apatah lagi kanak kanak yang aktif ! 

Ketiga tiga anak aku memang gunakan Pallas bila ke sekolah.Paling mudah guna jer strap. Tak perlu yang bertali. Budak budak zaman ni segalanya nak pantas. Pakai pun nak cepat.. buka pun nak cepat ! Maka yang strap sangat sesuai untuk mereka. 

Sememangnya kasut Pallas ni tahan lasak. Dan bagusnya ialah , Pallas senantiasa memperbaiki mutu dan kualiti. Walaupun dah bagus, mereka berusaha untuk menambahbaik kualiti kasut sekolah keluaran mereka. Maka sebab itulah , Pallas jadi pilihan aku dan ramai lagi ibu bapa. 





Kenapa Pallas ? Sejak Qhaliff dari tahun 1 lagi , dia dah pakai kerana bapak dia masa sekolah dulu pun memang guna kasut sekolah Pallas ni. Memang dah turun temurun. Selesa, kemas , kualiti dan tahan lasak. 

Kelebihan kasut sekolah Pallas ni terletak pada material yang digunakan , tapak kasut yang mencengkam ( penting sangat untuk elakkan dari tergelincir jika jalan basah  ) , dan sokongan arch yang mana melegakan otot otot kaki si pemakainya. Bayangkan mereka pakai dari pagi hingga petang ! Perghh.. bayangkan jika tidak selesa camana rasanya ! Kita sendiri rasa lega bila kasut ditanggalkan jika kasut tu tak selesa. Kan kan ?

Mereka yang aktif di sekolah pastinya akan senantiasa berpeluh. Sistem pengudaraan pada kasut sekolah tersebut sangatlah penting untuk pastikan kaki rasa selesa dan tidak mengeluarkan berbau akibat terperap lama. Kalau basuh, cepat kering. 

Bila cakap pasal selesa , kasut Pallas Jazz yang Qhaliff guna ni ada Arch Support yang mana akan membantu mengurangkan tekanan di otot kaki seterusnya akan melegakan si pemakai. Insole yang betul yang lebih baik digunakan.

Bayangkan... Qhaliff hanya gunakan sepasang saja kasut sepanjang tahun dan sehingga masuk tahun baru, masih boleh digunakan. Tahan kan ? Lega PALLAS masih wujud sehingga sekarang ni. Tak perlu pikir panjang untuk memilih kasut ! 







You May Also Like

7 comments

  1. betul tu. jenama ni memang sangat selesa dan tahan lasak. suka juga kasut ni masa zaman sekolah

    BalasPadam
  2. Auto segak, kacak dan bergaya bila Qhaliff guna kasut tu.

    BalasPadam
  3. Ramai pilih kasut pallas untuk anak2

    BalasPadam
  4. Sama pilihan kita semestinya kasut sekolah pallas. Time cuci pun mudah kering. Anak² pun selesa pakai

    BalasPadam
  5. Ya tahan sanhat kasut pallas. Anak nad pun pakai kasut pallas, dia kata selesa juga. Tak sakit kaki

    BalasPadam
  6. Bagus ada arch support ni kan. Takdelah sakit kaki anak-anak.

    BalasPadam
  7. Lin pun pilih kasut pallas untuk anak-anak tahun ni... cantik dan berkualiti...

    BalasPadam