Setahun lebih sudah aku amalkan halia !

by - Khamis, Mac 16, 2023



Alhamdulillah.. lama tak check tekanan darah aku. Sebenarnya aku takut nak check tekanan darah. Dulu kan aku ada Hypertension. Setiap minggu wajib MC ! Sakit kepala... sakit tengkuk.. stress memanjang ! Bersenam hari hari cuma tak jaga makan jer. Maklumlah, ada coach ajar kata ko nak makan apa.. ko makan jer asalkan bersenam dan bersederhana. 

Hahaha... gitulah ! Tapi aku tak salahkan coach. Gaya hidup aku tu tak betul. Tidur lewat setiap malam. Melepak kat kedai mamak. Minum.. makan lewat malam. Balik..tidur , beberapa jam. Segalanya tak betul ! Hancur !

Betullah kata orang.. dengan sapa kita kawan, itulah hasilnya. Tapi jangan pulak kita salahkan kawan tu. Salahkan diri sendiri sebab tak nak fikir apa tindakan kita tu. Memang kawan kawan tu akan cuba 'mengoda' kita tapi kita kena kuat ! Contohnya...

" Jom malam ni kita gi makan sini. Tengok dia punya video viral.. perghh padu ! " 

Nak gi ke tak nak ? Apa manfaat kalau gi makan malam malam ? Sedap ? Sedap hanya di lidah. Di perut pulak camana ? Sihatkan ? Apa khasiat untuk tubuh badan kita ? Dapat melepak dan hilangkan stress ? Tidur di malam hari pada masa yang betul itulah dapat hilangkan stress ! Bangun pagi, segar molek ! 
 
Kesan dari aktiviti tidak aku tu , aku ada masalah dalam perut yang aku ingat biasa biasa jer. Pedih ulu hati, kembung perut.. sakit kepala di pagi hari.. mudah stress. Mudah naik angin dan juga masalah nak membuang. Tak puas kata orang ! Hahahaha...

Alhamdulillah... segalanya ada hikmah. Selepas wife aku jatuh sakit itulah langkah pertama aku dan dia ubah segalanya. Buang segala yang merosakkan dan amalkan segala yang baik baik bermula dari pagi hari ! 

Dan.. setahun lebih dah... aku ok ! Segalanya baik baik buat aku dan isteri. Anak anak juga ikut sama apa yang kami makan. Tapi sesekali tu , boleh la 'enjoy'... SESEKALI tu bukan sebulan sekali tau.. bila benar benar teringin jer.. Jangan amalkan cheat day ! 

You May Also Like

1 comments

  1. masa renovation aritu tah mana letak halia nih .. aduii penting benda alah ni stby

    BalasPadam