Qhaliff berkhatan di Klinik Rakan Medik, Sepang

by - Rabu, Mac 08, 2023

Akhirnya ! Dari setahun ke setahun nak bawa dia gi bersunat. Tahun lepas, ada gi tanya di beberapa klinik. Tapi harga dia cam.. boleh tahan gak la. Pastu bila dah setuju, takda slot lak ! Nak gi tempat jauh jauh, sian kat dia sakit dalam kereta. Dan jika ada slot lak, wife lak sibuk ngan kerja. Hurm... lom ada rezeki nak sunatkan dia . 

Dan kewujudan beberapa klinik berhampiran dengan taman perumahan aku ni, membuatkan aku bersyukur sangat ! Kena pulak klinik klinik ni , punya reputasi yang tinggi. Bila tengok kawan kawan yang bawa anak gi bersunat sana takda isu.. maka aku bagitau wife , sunatkan Qhaliff sebelum masuk sekolah. Dia pun dah cakap dia segan. Kawan kawan kelas semua dah sunat. Huhuh.. 

Wife suruh aku cari klinik yang sesuai. Katanya aku lebih mahir sebab aku ada pengalaman ! Hahaha.. Dia kata aku yang bakal kena masuk tengok. Dia takut. Hekler... tu laa ! Dia beranak , aku kena tengok. Anak sunat , aku gak kena tengok. Dia tak nak. Tau pun takut ! Dia ingat , orang yang tengok tu takda rasa gerun ke ?? Hahaha... 

Aku perasan di Instagram aku, Klinik Rakan Medik ada follow aku. Rajin diorang update posting. Maka itulah klinik pilihan aku. Dari rumah, tak sampai satu minit pun. Heee.. Bak kata aku pada anak anak. " Tak sempat kentut , dah sampai ! ".. 



Wife call untuk temujanji. Part ni, dia uruskan. Dia kena set masa dan hari. Aku ikut je mana mana. Dan Alhamdulillah.. dia set selepas semua agenda penting , selesai. 

8.3.2023 , jam 9 pagi. Hee.. aku gi gym dulu awal pagi. Pastu baru gi klinik. Tapi sebelum tu, set dulu tempat tidur Qhaliff. 



Sampai masa , aku sekeluarga gi sana. Takda orang. Alhamdulillah.. Doktor lelaki , muda dan sado. Sangat peramah dan mesra kanak kanak. Dia uruskan Qhaliff. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan walaupun aku tahu Qhaliff sedikit cuak. Hahaha.. 

Selesai...balik rumah. Dan terus baring ! Ada kawan kasi tips elak dari bebird kena kain.. Dia kata dulu dia letakkan cawan kertas untuk cover bahagian bebird dari kena kain. Wah, betul gak. Tapi aku takda cawan kertas ? Aku cari bahan yang boleh digunakan dan jumpa. Kena buat lubang untuk ada aliran udara. Heee...




Seluar dalam berkhatan


Sedikit tips bab berkhatan ni. yang aku amik dari Mstar : 

Berikut merupakan perkara yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa:

1. Pantau perdarahan - Selalu pantau sama ada berlaku perdarahan yang aktif atau tidak. Perlu sediakan kain kasa jika ada perdarahan sedikit-sedikit maka boleh lakukan compression di rumah.

2. Pemakaian - Pakai seluar yang longgar atau kain pelikat atau seluar dalam khatan. Banyak jual secara online sekarang.

3. Diet - Lebihkan makanan yang tinggi protein untuk proses luka cepat sembuh. Misalnya ayam dan telur. Makan telur tidak akan buat luka jadi nanah!

4. Ubat - Diberikan ubat tahan sakit. Paling selamat adalah ubat Paracetamol. Ada krim ubat antibiotik dan ada air garam untuk membersihkan dan menjaga luka di rumah.

5. Basahkan dengan air bersih tempat jahitan luka supaya luka tidak menjadi bentan. Biasanya doktor akan berikan air garam dan lakukan sitz bath (duduk berendam dalam bekas besar untuk membersihkan bahagian alat sulit dan kawasan sekitarnya, mengelakan sakit dan juga gatal) di rumah.

Yang penting, jangan letak minyak gamat, daun-daun herba, krim produk tidak sepatutnya pada tempat jahitan luka kerana ia boleh mengundang jangkitan kuman.

You May Also Like

0 comments