Hari pertama persekolahan , mata si Aariz merah la pulak !

by - Selasa, Mac 21, 2023

Alhamdulillah.. nasib baik aku dah training diorang dari awal cuti sekolah hari tu. Walaupun cuti, semua tetap kena bangun awal pagi ! Lepas solat subuh, kita gi bersenam atau ikut daddy gi gym. Boring ke tak, tak kira ! Janji jangan sambung tidur. Nanti jadi pemalas. 

Hari pertama persekolahan, hanya Qhaliff sekolah sesi pagi. Zahra dan Aariz , petang tapi Aariz ada KAFA, kena gi pagi gak. Abang dan kakak dia, tak amik KAFA. Masa PKP ari tu, tak sempat daftarkan mereka. Sian.. nanti cari kelas agama tambahan untuk diorang. 

Zahra, anak kedua. Dia ni lain sedikit. Dari tahun 1 dia dah belajar urus diri sendiri di sekolah. Naik tahun 3 ni, takda masalah dah. Dia lak tolong jaga adik dia yang dah masuk Tahun 1. Semalam , dia makan sama sama ngan adik dia. 





Nak..ni isu utama entri kali ni ! Bangun pagi , di hari pertama persekolah.. mata kiri dia merah ! Tak tau la apa punca... malam semalamnya , semua ok. Pagi tu lak tetiba merah. Hurm. Takda pulak berair atau keluar taik mata bagai. Hanya merah. Aku syak habuk masuk ketika dia tidur tu.. 

Apa yang aku buat ? Aku suruh dia mandi air garam selepas pulang dari KAFA. Pastu nak tengok tindakbalas. Tengahari gi sekolah , ok jer. Takda pulak gatal mata tapi merah tu ada lagi. Petangnya, makin surut merah. Takda macam paginya. 

Dan hari kedua, aku buat macam tu gak. Aku sapukan air garam ke muka dia. Suruh dia bukak mata kasi air masuk. Pastu gi KAFA. Sebelum gi sekolah kebangsanaan pun aku suruh buat macam tu gak. Alhamdulillah.. nampak banyak surut. Kalau tak surut , memang aku ke klinik je untuk dapatkan ubat. 

Malam hari , walaupun sesi persekolahan mode 'suaikenal' aku tetap suruh anak anak masuk kelas tambahan di malam hari. Tak lama pun.. dalam sejam setengah jer. Bukanlah aku target mereka cemerlang tapi aku nak mereka berilmu jer. Kegunaan dunia dan akhirat. 

Zahra amik kelas tahun 3 dan Qhaliff . tahun 5. Banyak la perubahan diorang sejak join kelas ni. Ada dua kelas online ni. Satu , di bawah Flyhigh Training Centre dan satu lagi , RelyEdu. Pilihlah ikut bajet dan kesesuaian kita. Kalau rajin boleh ajar sendiri, silakan. Ikutlah kesesuaian dan kemampuan masing masing.. kan ? 

RelyEdu : www.relyedu.com
Flyhigh Training Centre : www.flyhighedu.com.my






 

You May Also Like

0 comments