Terpaksa beli juga sehelai kurta !

by - Isnin, April 03, 2023

Ikutkan hati, aku malas je nak beli baju raya yang baru. Baju lama banyak ada. Biarlah anak isteri je tukar. Aku kalau tukar, nampak kacak lebih lak. Maklumlah, lelaki bila dah umur 40an.. kalau tak hensem, tak sah.. kan ? Kang risau bini di pejabat lak. Tak tenang dia. Eceh.. hahaa..

Tujuan aku beli baru pun sebenarnya baju lama dah nampak gelebeh pada badan aku. Dulu aku pakai baju, size XXL atau XL. Bukan sebab aku gemuk tapi badan berlemak ! Hahahaa.. Lain tauu.. aku bukan boroi tapi sebu dek kerana banyak lemak dan angin dalam badan. Semuanya dek kerana salah sendiri tak kawal pemakanan. Kononnya , gi gym hari hari.. boleh la melantak apa saja. Cait! Sapa la tok guru aku dulu. Abis ke laut dalam larinya ilmu tu. 

Nak makan boleh.. tapi berpada padalah. Cenggitu. 

Aku malas nak cerita bab gula nasi ni. Macam macam tok guru ada di media sosial ni. Ikut badan masing masing. Mana korang rasa serasi.. ikutlah. Asalkan yang baik , kita dapat. Kan ? Tak perlu nak berbalah balah pendapat. 

Sebelum dan selepas aku stop gula putih dan nasi putih. 


Segalanya bermula dari baju kurta ni. Dulu aku pakai ketat melekat ! Tapi kelmarin pakai.. aduh ! Macam Aariz pakai baju abang dia jer ! Besar gelebeh. Tak smart dek akal memikirkan. Eceh.. tang ni suruh akal fikir yer ? Hahahaa.. tapi serius la. memang tak cun nampak. Wife kata ok tapi aku tak caya perempuan bab memuji laki sendiri. Hahahaha.. 

Akhirnya aku ajak ke Alamanda. Kononnya nak cari baju anak. Walhal aku nak ke Parkson. Aku suka cari baju melayu atau kurta kat sana. Kualiti dan harga dia, aku rasa sesuai untuk aku. Kalau tengok kat online, memang banyak lawa lawa. Tapi aku risau jer.. Hee.. Maklumlah, badan orang main besi ni lain skit. Diorang besar kat bahu. Nak pakai, confirm sangkut kat bahu. Lain part.. lepas jer ! 

Ke Bangi ? Aku tak sanggup nak redah kesesakkan lalu lintas. 

Di Alamanda Putrajaya , ada banyak pilihan. Aku ke Al Ikhsan dulu. Try baju yang ada lubang kat ketiak tu ha. Heee.. Cantik dan kemas jahitan. Kain dia pun ok tapi sayangnya, tak sesuai untuk aku. Aku dah cuba size XL. Nak pakai susah.. nak tanggal pun susah. Untuk aku la. Pastu kat leher pon ketat. Tercekik aku. Hee.. salah sendiri sebab gi gym ari ari. 


Nak tak nak.. ke dalam Parkson gak. Pusing sana sini.. akhirnya berkenan dengan kurta Pierre Cardin ni. Semua kena ngan aku. Warna pun cantik. Ada banyak pilihan warna tapi aku amik ni sebab wife kata tema warna sama cam tahun lepas. 

Senang. Anak anak pun tak beli baju baru sebab yang lama pun pakai masa raya tu jer. Rugi banyak nak beli baru sebab yang tu, beli kat Omar Ali. Maka pakailah sampai koyak ! Hahahaha.. 

Aku suka kurta. Senang nak kenakan dengan seluar. Aku malas nak berbaju melayu sebab cuaca. Tambah lagi raya di Kelantan. Kena kalau panas.. fuh. Kalau hujan pun.. fuh. Pas solat raya , aku keras di rumah. Hahahaha... Nak keluar beraya ? Gulp. Jammed bhai ! Jammed ! 




Ok la kan ?

 

You May Also Like

0 comments