Cermin mata baru di hari raya

by - Jumaat, April 07, 2023

Sekolah sudah bermula. Aidilfitri tidak lama lagi. Er,  dah tukar cermin mata baru ? Heee... Yelah, cermin mata ni penting bagi mereka yang ada masalah rabun. Kalau dah lama tak tukar  tu, rasanya elok periksa kembali cermin mata dan juga mata. Mana la tau kan... 

Lima Tanda Anda Perlu Tukar Cermin Mata Baru
  1. Mata terasa sakit seperti kekejangan
  2. Kerap sakit kepala
  3. Mengecilkan mata
  4. Tidak boleh kawal dengan cahaya dan silau
  5. Mengalami ketidakselesaan perut atau loya
  6. Cermin mata patah atau hilang ! Hee..Ni mestilah tukar baru kan.
Nah... nombor 4 ni sekarang ramai ada ! Bila memandu tak kira masa dan mata terkena cahaya lampu putih kenderaan. Tak kira la motor atau kereta zama ni , dah guna lampu putih. Bila tepat kena kat mata , memang buta sesaat dua ! Bahaya sungguh la bila berlaku benda ni. Peliknya , macam takda tindakan lak. Hurm... 

Mesra keluarga dan kanak kanak


Nak tak nak.. kita kena cari jalan penyelesaian. Bagi yang punya masalah silau walaupun tidak rabun, cubalah dapatkan cermin mata yang boleh tapis silau cahaya ni. Kalau ada duit, boleh la guna frame yang cantik cantik skit. Bergaya gitu. Pakai waktu memandu. Tak kira siang atau malam. 

Dan untuk anak anak.. Bawa mereka periksa mata. Ada yang dah mula rabun dek kerana kerap tengok skrin gajet. Jika perlu buat cermin mata, segerakan. Jika  tidak, sian diorang kat sekolah. Ini berlaku pada aku ketika usia 7 tahun dulu. Aku dah pakai cermin mata masa tu dek gara gara membaca buku dalam gelap. Huhu... 

Kalau korang nak buat cermin mata, aku syorkan ke Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Mudah untuk letak kereta atau jika nak guna pengangkutan awam, boleh naik MRT atau Monorel. Terus turun sebelah bangunan tu jer. Senang.  

Pastu ke Eyes Vision Optical. Level G. Cari Mr. June pastu cakap korang tahu dari blog aku ni. Inshaallah dapat diskaun menarik apatah lagi bila gi bersama keluarga. Mesra keluarga mereka ni. Dan mereka dah berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang ni. 

Lokasi : G096, Level G , Sungei Wang Plaza , Jalan Bukit Bintang , Kuala Lumpur. 
Whatsapp pertanyaan Mr June :  https://eyesvisiongroup.wasap.my/


Macam macam jenama dan bentuk frame ada

 
Kanta anti silau dan pelbagai warna

You May Also Like

0 comments