Buka puasa sekeluarga di Masjid Putrajaya

by - Jumaat, April 07, 2023

Sementara diorang masih kecil, nikmatilah setiap saat dengan penuh berharga. Itulah yang ramai lakukan sekarang ni termasuklah aku. Ajak anak anak berbuka dan solat Terawikh di masjid, mereka cukup gembira dan teruja. Takda yang menentang walhal esok hari nak ke sekolah. Alhamdulillah. 

Selepas wife abis kerja, terus bertolak dari rumah ke masjid di Putrajaya. Ada dua pilihan masjid. Satu Masjid Besi dan satu lagi Masjid Putrajaya. Aku puas pikir nak gi mana satu. Mudah nak parking dan senang nak duduk berbuka. 

Akhirnya aku buat pilihan. Kenapa dan mengapa aku pilih situ ? Santai.. mudah nak amik wudhu dan selesa untuk anak anak juga. Mereka berlari sana sini tanpa ada sesiapa marah. Jangan menjerit dah la. Hee...

Ada dua bahagian berbuka puasa di masjid ni. Lelaki dan perempuan dipisahkan. Manakala untuk keluarga. ada satu bahagian yang pandai pandai la kita duduk dan jaga kebersihan. Ha.. Kalau bawa tikar lagi ok. 

Bila dah nak masuk waktu, gi ambil makanan dan duduklah menanti waktu. Macam aku yang tak makan nasi ( buat sementara waktu ), aku bawa sendiri bekalan aku. Hee.. Anak anak je sibuk gi amik makanan. Suka diorang. 

Selesai berbuka.. terus solat Maghrib hinggalah ke Terawikh. Dan diorang ajak lagi berbuka di sini. Inshaallah.. Ok je aku. Selagi mana masjid benarkan. Rasanya nak cuba Masjid Besi lak... 

Lepas solat.. gi shopping pakaian raya kat Bazar Jualan Raya di depan Dataran Putrajaya tu. Meriah ! 


Pastikan anak anak tidak tertinggal dalam pelajaran. Ayuh sertai kelas online di RelyEdu dan Flyhigh Training Centre . Dari Tahun 3 hingga ke sekolah menengah !

 

You May Also Like

0 comments